Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi November 7, 2022 @ 2:24pm

Terima Ijazah Doktor Pengurusan, Ahmad Idham Harap Jadi Inspirasi Buat Anak Muda Khususnya Di Port Dickson

Pelakon dan pengarah, Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri menerima ijazah Doktor Pengurusan pada Majlis Konvokesyen ke-34 Universiti Utara Malaysia (UUM) 2022 yang disempurnakan Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Salehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah di Sintok, semalam.

Ahmad Idham menerusi laman Instagramnya meluahan rasa syukur dan menganggap itu adalah momen bermakna buat dirinya apabila penantian selama hampir tujuh tahun itu membuahkan hasil.

“Alhamdulillah hari ini merupakan hari yang penuh bersejarah dan sangat bermakna buat saya apabila dapat menggenggam skrol ljazah Doktor Pengurusan dalam Majlis Konvokesyen ke-34 Universiti Utara Malaysia (UUM) 2022, Sintok yang disempurnakan oleh KDYMM AI-Aminul Karim Sultan Salehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

“Penantian selama hampir tujuh tahun membuahkan hasil apabila berjaya menghabiskan penyelidikan saya untuk Ijazah Doktor di dalam bidang pengurusan,” tulis Idham.

Ahmad Idham yang juga calon Parlimen Port Dickson itu berkata dia terpaksa bergegas ke Sintok, Kedah selepas selesai proses pengumuman penamaan calon pada Sabtu.

“Usai pengumuman penamaan calon parlimen Port Dickson untuk PRU15 semalam saya terus bergegas ke Sintok sebagai persiapan akhir sebelum Majlis Konvokesyen ke-34 yang berlangsung pada hari ini.

“Walaupun jadual dan masa pergerakan yang sangat padat kurang daripada 24 jam, namun ianya adalah tanggungjawab yang harus saya terima dan laksanakan,” jelasnya.

Pengarah filem popular itu juga berharap kejayaan yang dikecapi itu dapat dimanfaatkan oleh masyarakat Port Dickson dalam membangunkan bandar tersebut selain dapat memberikan inspirasi kepada anak-anak muda.

“Saya mengharapkan dengan ilmu yang saya ada dapat dimanfaatkan dan diterjemahkan pelaksanaannya dalam mengurus tadbir selain mempopularkan Port Dickson sebagai bandar pelancongan yang mempunyai keunikan tersendiri.

“Selain itu, saya mengharapkan dengan berjaya menghabiskan penyelidikan dan menerima ljazah Kedoktoran ini dapat mencetuskan semangat untuk belajar selain dapat memberikan inspirasi kepada anak-anak muda khususnya di Port Dickson untuk melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat tertinggi.

“Ilmu merupakan pelita yang membawa manusia keluar daripada gelap kejahilan.

“Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga atas sokongan yang tidak berbelah bahagi.

“Buat guru, penyelia dan pendidik yang telah berkongsi ilmu dan mendidik saya selama ini, saya doakan kalian semua dikurniakan rahmat dan maghfirah-Nya,” tutupnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Ahmad Idham (@ahmad_idham)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 2 Sep 2022

Kes Culik Anak Perempuan, Lufya Omar Masih Belum Beri Keterangan

Semoga dipermudahkan segala urusan 🤲🏼

Featured Thu, 21 Jul 2022

Puteri Sarah Didakwa Tolak Perceraian Akibat ‘Kekayaan’ Syamsul, Pengurus Tampil Bersuara – “Dia Tak Heran Pun, Kedudukan Sekarang Hasil.…”

Fuhhh 🙌🏻✨ Kuat sungguh Puteri Sarah ni 💪🏻Meski rumah tangga dilanda badai tapi tetap kiat menempuhinya 🥹😭 Moga lepasni semua beringat ya sebelum mengeluarkan kata-kata 😌

Trending Fri, 19 Jul 2019

Jatuh Cinta Pandang Pertama, Nick & Simon Pilih Malaysia!

Nick & Simon menjadikan Malaysia sebagai lokasi pertama untuk mula menapak di rantau Asia.

Hiburan Wed, 28 Jan 2026

Netizen Bangga Mengaku Kutuk Meerqeen, Ini Bidasan Tuan Badan – “Harap Tidur Lena Malam Ini”

Meerqeen memilih untuk tidak melatah dan membalas mesej tersebut secara tenang.

Hiburan Thu, 14 Nov 2019
Hiburan Wed, 6 Dec 2023
error: Content is protected !!