Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain May 26, 2022 @ 6:01pm

“Setakat Ini Belum Ada Lagi Yang Keliru” – Amar Baharin Tak Terpalit Dengan Kontroversi Tentang…

Pelakon Amar Baharin tampil menjawab tentang sama ada terpalit dengan kontroversi yang menimpa rakan industri, Amar Asyraf.

Nama sama bukanlah sesuatu yang baru dalam industri seni tempatan.

Menurut Amar, buat masa ini belum ada lagi yang keliru dan menyangka dirinya berkahwin lagi dan sukar untuknya menjawab persoalan itu kerana isu masih belum reda.

“Buat masa ini belum ada lagi pihak yang keliru atau menyangka saya adalah individu yang dikaitkan dengan berkahwin kali ketiga.

“Susah sebenarnya hendak menjawab soalan ini. Namun saya cuba sebaik mungkin mengulas kerana benda masih panas dan sensasi,” jelas Amar

Selain itu, suami kepada pelakon Amyra Rosli itu juga memaklumkan yang isterinya tahu itu bukan dirinya dan tiada seorang pun yang mengecamnya kerana isu berkenaan.

“Alhamdulillah… Amyra pun tahu itu bukan saya jadi tidak ada apa yang perlu saya risaukan. Setakat ini tidak ada juga yang menghantar mesej peribadi memaki saya atau sebagainya.

“Dulu pernah juga ada yang menelefon untuk memberi tawaran lakonan. Cuma tersilap kerana hendak beri tawaran kepada Amar Asyraf dan bukan saya,” kata Amar.

Amar dan Amyra Rosli mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.

Sementara itu, pelakon Amar Asyraf kembali menjadi tumpuan apabila didakwa sudah berkahwin kali ketiga dengan seorang wanita.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Berkahwin Kali Ketiga, Amar Asyraf Pilih Jaga Privasi & Ikut Saranan Ulama – “Kalau Ada Yang Tahu, Tahulah..”

Sumber: Harian Metro

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 1 Dec 2024

Famili Duo 4: Lepas Kena Marah, Mas Idayu ‘Happy’ Dengan Persembahan Didi Astillah & Thamiera – “Mummy Nampak Usaha Awak….”

Mas Idayu puas hati persembahan Didi Astillah dan Thamiera di Famili Duo 4 minggu keenam

Hiburan Sun, 22 Sep 2019

50 Tahun?? JLo Masih Bergetah!!

Diet starts now!! *Tolak nasi lemak, capai salad*

Hiburan Thu, 15 Sep 2022
Trending Sun, 28 Aug 2022

“Bukan Gimik Murahan” – Zara Zya Perjelas Status Dengan Shuib

Minggu lalu, pelakon Zara Zya dan pelawak Shuib sekali lagi menjadi tumpuan netizen apabila masing-masing memuat naik satu rakaman video yang menimbulkan tanda tanya peminat tentang status mereka. Terbaharu, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia […]

Hiburan Tue, 23 May 2023

Kongsi Foto Berbaju Songket, Anak Perempuan Que Haidar Raih Pujian Netizen

Memang cantik lah anak anak Que Haidar dengan Linda Jasmine

Hiburan Wed, 28 Aug 2019

Bella Dally Bakal Jadi Ibu?

Kalau betul seperti apa yang ditunjukkan, Alhamdulillah!

Hiburan Mon, 16 Jan 2023
error: Content is protected !!