Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops November 2, 2018 @ 5:00pm

Jangan Lakukan 7 Perkara Ini Ketika Melancong Jika Tak Nak Dianggap Kurang Ajar

Melancong ke luar negara adalah cara yang ideal untuk membuka mata sendiri dan mempelajari budaya-budaya asing. 

Sebagai orang luar, memanglah kita tak tahu apa-apa apabila kita melawati sesuatu negara itu. Walau bagaimanapun, jika anda membuat research terlebih dahulu, penduduk tempatan di situ pasti akan rasa gembira kerana anda tahu serba sedikit tentang adat dan budaya mereka.

Sama juga apabila orang putih datang ke Malaysia dan mereka tahu menggunakan bahasa kebangsaan kita. Mesti anda rasa kagum, kan?

Dan biasalah, mana-mana negara di dunia ini mesti ada adat dan budaya mereka tersendiri. Kalau boleh, elakkanlah daripada melanggar peraturan budaya mereka.

Walaupun kita boleh gunakan alasan “Ala, kita kan pelancong? Boleh dimaafkan!”, ia masih tak manis dipandang. Jom kita lihat peraturan-peraturan adab di beberapa negara popular.

Bila di Jerman, jangan bercakap sambil meletakkan tangan di dalam poket

Ia dikira tidak beradab. Untuk pengetahuan anda, antara adab yang baik di negara ini termasuklah meletakkan tangan di atas meja ketika makan.

Bila di Jepun, jangan berikan tip

Foto: iStock

Perkhidmatan yang diberikan di restoran dan hotel besar kemungkinan sangat memuaskan di Jepun, tapi pemberian tip langsung tak diamalkan. Jika anda berikan juga, anda akan dilihat seperti merendahkan martabat mereka.

Bila di Russia, jangan lemparkan senyuman kepada orang yang tak dikenali

Mereka akan anggap tindakan tersebut sepatutnya adalah di antara dua orang yang ada pertalian hubungan. Jika anda tak mengenali mereka, mereka akan anggap anda tidak ikhlas.

Bila di India, jangan gunakan tangan kiri

Tangan kiri dilihat sebagai tidak suci di dalam budaya orang India, jadi selalu gunakan tangan kanan untuk bersalaman dengan mereka, bertukar wang ataupun mengambil barang.

Bila di China, jangan hayunkan chopsticks anda

Foto: Wikipedia

Konsepnya sama saja seperti bermain dram dengan sudu dan garfu. Baik jangan.

Bila di Norway, jangan tekan hon ketika memandu

Ia hanya digunakan ketika kecemasan, jadi jika anda hon sesuka hati tanpa sebab, anda akan buat orang lain panik.

Bila di Perancis, jangan lupa untuk berkata Helo!

“Bonjour!” sepatutnya menjadi perkataan pertama yang keluar dari mulut anda apabila berjumpa dengan orang lain. Kalau tak, dia akan rasa yang darjatnya rendah daripada darjat anda.

Jadi bila anda melancong ke mana-mana nanti, jaga-jaga ya!

Sumber: Reader’s Digest

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 19 Mar 2024

“Maaf Andai Semua Ini Khilaf Saya” – Norman Hakim

Harapnya, isu keluarga Abby Abby dan Norman Hakim dapat diselesaikan segera😥

Featured Sat, 29 Jun 2024

Nora Danish Beri Bayangan Sudah Berhijab?

Sama-sama kita doakan yang baik buat Nora✨

Featured Sun, 31 Oct 2021

Joe Flizzow Jadi Guru Bahasa Inggeris… Tukar Profesion Ke?

Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow mendapat inspirasi melancarkan program pengajian Bahasa Inggeris selepas mendapat respons seorang guru di Kelantan. Guru itu berterima kasih atas usaha kumpulan rap yang dianggotai oleh Joe, Too Phat yang merakamkan […]

Featured Tue, 6 Nov 2018
Featured Tue, 29 Nov 2022
Featured Thu, 2 Mar 2023
Featured Mon, 14 Oct 2019

Belanjawan 2020 sedia 6 insentif untuk wanita

Peruntukan lebih holistik dengan pelbagai manfaat

Featured Wed, 20 Jul 2022

[VIDEO] Angkat Isu ‘Body Shaming’ Dalam Karya Terbaharu, Zara Zya Harap Dapat Suntik Semangat Wanita ‘Plus Size’

Malam ni episod 2 gais! Tak sah kalau tak kering gusi tonton drama ni. Comel Zara Zya jadi chubby hehe

error: Content is protected !!