Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 7, 2025 @ 4:33pm

“Ernie Zakri Tidak Bossy, Tidak Diva & Hormat Orang”- Allan Anderson

Penyanyi bersuara emas, Ernie Zakri, sekali lagi menyorot perhatian, namun kali ini bukan kerana kontroversi sebaliknya, kerana pujian yang diterimanya daripada penyanyi dan komposer, Allan Anderson yang memuji sikap profesional serta keperibadian Ernie ketika mereka bekerjasama menghasilkan lagu Nostalgia.

Kata Allan, Ernie bukan sahaja berbakat tetapi sepanjang bekerjasama dia juga menunjukkan disiplin yang sangat tinggi serta sangat menghormati orang lain di sebalik kejayaannya dalam industri seni.

Malah, statusnya sebagai penyanyi popular Malaysia tidak menunjukkan pelantun lagu Dansa itu sedikit pun bersikap diva.

“Banyak DM tanya aku bagaimana perasan Allan kerja dengan Ernie Zakri waktu buat lagu untuk dia? Dari sisi recording, dia sangat berbakat, mudah untuk di direct. Sisi production, dia tidak ada revisi apapun dengan apa yang sudah saya kerjakan. Da, yang lain-lain,  tidak ada tawar menawar harga dalam song production, dia sangat menghargai pekerja seni lain.

“Dia juga tidak Bossy, tidak Diva, sangat mudah, dan smooth. Lagu mau release pun saya di maklumkan, sangat menghormati,” katanya.

Jelas Allan, sikap rendah diri dan profesional yang ditunjukkan Ernie menjadikan penyanyi berusia 32 tahun itu contoh sebenar seorang seniman sejati.

“Itulah seniman yang sesungguhnya, tidak mencari publisiti murahan untuk relevant.

“Seniman akan membuat karya, untuk relevant bukan statement,” tambahnya.

Menyedari hantaran berkenaan, Ernie turut tampil memberikan komen balas dengan menzahirkan penghargaan atas kata-kata positif yang diberikan.

“Terima kash sudi berkongsi bakat mu Allan. Senang sekali dengan hasil Nostalgia,” tulisnya.

Lagu  bergenre Pop, Citypop ‘Nostalgia’ merupakan antara karya Ernie yang memperlihatkan sisi kematangannya.

Single ciptaan sepenuhnya oleh Allan Andersn ini mengungkapkan mesej kebahagiaan yang berkekalan selain menggambarkan rasa syukur terhadap kebersamaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 18 May 2020

Atuk segak, cucu comel bergaya

Kedua-duanya untung ada pereka dalaman

Hiburan Fri, 17 Nov 2023

[VIDEO] “Itu Titik Peluh Mereka” – Isu Selebriti Didakwa Tak Bayar KWSP Pekerja, Ini Reaksi Siti Nurhaliza

Alhamdulillahhhh, terbaik Siti Nurhaliza ambil berat soal KWSP pekerja 🥰

familuv Mon, 23 Jul 2018

Air Soya Dan Kopi Boleh Effect Kulit Anak Jadi Putih & Hitam. Fakta Atau Mitos? Ini Jawapan Menurut Pakar

Sebelum amalkan petua, para ibu kenalah tahu ia adalah fakta ataupun mitos.

Hiburan Tue, 13 Mar 2018

“Syukurlah korang semua masih ada suami,” – Nora Ariffin

Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin menasihatkan kaum isteri di luar sana untuk bermuhasabah diri dan tidak melihat kekurangan semata-mata…

Featured Thu, 24 Jul 2025

Nora Ariffin Perjelas Isu Bayaran Royalti Tiada Kena Mengena Dengan Sheila Majid

Nora mahu menjadi ‘suara’ bagi anak-anak pengkarya muzik berdepan isu serupa.

Eat Travel Thu, 16 Jan 2020
Trending Fri, 11 Jan 2019

你以为「购物」是病?其实他们都比你更……

我们身边一定有这么几位「购物狂」的朋友,总感觉他们的购买欲无穷无尽,这些朋友总是拥有很多借口,可以让自己「合理」花掉钞票满足自我的购物欲望。

Trending Wed, 11 May 2022

Dedah Wajah Baby Girl, Salama Samheizy Nama Anak Ketiga Syatilla Melvin & Shaheizy Sam

Comel dan sihat anak perempuan Syatilla dan Shaheizy yang diberi nama Salama Shaheizy ini.

error: Content is protected !!