Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 24, 2025 @ 11:22am

Nora Ariffin Perjelas Isu Bayaran Royalti Tiada Kena Mengena Dengan Sheila Majid

Susulan isu bayaran royalti yang diterima Allahyarham suaminya yang juga komposer Johan Nawawi yang tidak mendapat pembahagian wang sewajarnya selaku penulis lirik lagu Sinaran, Datuk Nora Ariffin tampil menjelaskan situasi sebenar.

Kata Nora, tindakan membangkitkan isu tersebut tatkala pengumuman Konsert Sheila Majid 40 Years in Music yang diumumkan baru-baru ini bukanlah untuk meraih perhatian melainkan mahu menuntut keadilan.

Jelasnya, apa yang dilakukan ini adalah untuk mewakili ‘suara’ wakil waris pengkarya muzik yang berdepan isu sama.

“Isu ini timbul selepas saya pergi satu majlis atau konsert dan melihat lagu Sinaran dinyanyikan.

“Ia cuma satu kebetulan sebab lagu itu memang sentiasa dimainkan. Jadi, dari situ timbul rasa ingin tahu,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, Nora menegaskan, isu tuntutan royalti ini tidak ada kena mengena dengan Sheila dek kerana dia sangat menghormati penyanyi legenda itu.

“Isu ini tidak ada kaitan dengan Sheila. Jujur saya sangat menghormati dia.

“Dia sebagai penyanyi, tiada kena mengena pun sebenarnya,” jelasnya.

Terdahulu, Nora mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik kenyataan menerusi Instagram Story miliknya mendedahkan bahawa arwah Johan hanya menerima bayaran berjumlah RM60 terhadap lagu milik penyanyi legenda, Datuk Sheila Majid.

“Lagu terkenal Sinaran berkumandang di merata tempat. Penulis lirik lagu Sinaran iaitu arwah Johan Nawawi hanya mendapat RM60 sehingga kini,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Nora turut meluahkan rasa kesal apabila tidak ada mana-mana pihak yang mengambil tanggungjawab membela nasib arwah Johan.

“Malangnya, tiada pihak yang ingin membela nasib komposer dan penulis lirik ini,” tambahnya lagi.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 20 May 2025

[VIDEO] Nora Danish Kongsi Tip Mengaji Al-Quran Ikut Cara Pernafasan Yang Betul

Nora berkongsi tip tersebut bagi memudahkan bacaan mengikut keselesaan pernafasan.

Trending Wed, 3 Oct 2018

Walaupun Berat Badan Isteri Hampir 100 Kg, Si Suami Kacak Tetap Sayangkannya

Cinta yang suci lahir dari hati, bukannya luaran semata-mata!

Featured Tue, 11 Jul 2023
Fab Foodies! Thu, 8 Aug 2019
Trending Sun, 11 Feb 2018

马桶上玩手机30分钟少年直肠脱垂

中国广州一名少年上厕所时玩手机,一玩就是30分钟,没想到从马桶站起来后,肠子竟然从肛门处跑了出来,后来更是拉出一颗直径16公分的「血排球」,吓得马上叫救护车。

Featured Tue, 31 Mar 2020

Vivy Yusof mohon maaf, anggap komen disalah tafsir

Warganet mahu boikot produk duCK

Featured Thu, 18 Jun 2020
Featured Tue, 4 Oct 2022

Didakwa Menumbuk & Menendang Pengawal Keselamatan, Kes Sharnaaz Ahmad Masih Belum Terima Keputusan Timbalan Pendakwa Raya

Pihak berkuasa masih menunggu arahan selepas kertas siasatan dirujuk kepada TPR

error: Content is protected !!