Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom May 18, 2018 @ 12:00pm

Penyediaan Semudah ABC, Jom Belajar Masak Dessert Klasik Sago Gula Melaka Di Rumah

Pencuci mulut adalah satu hidangan berbuka puasa yang wajib ada. Ini kerana setelah hampir seharian menahan lapar dan dahaga, makanan yang dikategorikan sebagai manisan ini dapat membuka selera pada tekak pahit selepas beberapa jam tidak minum dan makan.

Sago Gula Melaka, antara pencuci mulut yang cukup popular sepanjang Ramadan. Dengan rasa lemak manisnya, hasil gabungan santan pekat dan sirap gula Melaka, tidak hairanlah mengapa hidangan klasik ini kekal digemari ramai.

Anda boleh cuba membuatnya di rumah kerana resipinya ringkas dan amat mudah disediakan. Bagi mereka yang 1st trial menghasilkan Sago Gula Melaka, boleh ikuti panduan resipi dan cara memasak seperti dilampirkan di bawah ini.

Bahan-bahan sago

– 5 cawan air
– 1 1/2 cawan sago

Bahan-bahan (kuah santan):
– 2 cawan santan 
– Daun pandan

Bahan-bahan (sirap gula melaka):
– 1/2 cawan air
– 200g gula melaka
– 1/4 sudu kecil garam

Cara-cara:

1. Untuk memasak sago, panaskan air dan masukkan sago. Kacau 15 minit hingga masak.

2. Sejukkan 30 minit.

3. Untuk kuah santan, didihkan santan dengan daun pandan.

4. Untuk sirap gula melaka, didihkn air, gula melaka dan garam sehingga pekat.

5. Hidangkan sago bersama kuah santan dan sirap gula melaka.

6. Anda juga boleh tambahkan pewarna merah, hijau, kuning, ros, pandan atau jagung pada sago untuk impak yang lebih mengancam! Selain itu, anda boleh mencantikkan hidangan anda dengan buah-buahan seperti laici, hirisan nangka, buah delima, mangga dan strawberi.           

Sumber : Says 

Video: YouTube 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 3 May 2020

Pengguna pengangkutan awam perlu patuhi SOP PKP

Jangan leka dengan kelonggaran yang diberikan

Featured Tue, 27 Dec 2022

[VIDEO] Adegan Mesra Aliff Aziz & Sophia Albarakbah Buat Netizen Risau

Sweetnya! Berlakon saja tapi ada yang risau Bella jeles nanti

Featured Fri, 20 Oct 2023

Siti Nurhaliza Terharu Elly Mazlein Derma RM10,000 Untuk Rakyat Palestin – “Moga Murah Rezeki Kak Iti Doakan”

Mashaa-Allah, moga dimurahkan rezeki Kak Lina Pom Pom kita. Dua-dua no syatuuuuu!❤️

Featured Sun, 18 Dec 2022
Featured Tue, 9 Mar 2021
error: Content is protected !!