Euforia Bola 2026
Featured By: Shaidah Shafie May 3, 2020 @ 6:51pm

Pengguna pengangkutan awam perlu patuhi SOP PKP

Pengangkutan awam yang akan mula mengadakan perkhidmatan sebaik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan pada 4 Mei 2020 perlu memastikan pengguna mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKP.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihak berkuasa akan memantau penggunaan pengangkutan awam bagi memastikan pengguna mematuhi SOP yang ditetapkan khususnya penjarakan sosial yang selamat.

“Bagi memastikan penjarakan sosial dilaksanakan di dalam kenderaan awam, jumlah penumpang dihadkan kepada separuh daripada kapasiti sebenar kenderaan awam. Jika sebelum ini bas memuatkan 40 penumpang, sepanjang PKPB ini hanya dibenarkan mengambil 20 penumpang sahaja.

“Begitu juga di dalam setiap koc atau gerabak, mereka hanya dibenarkan membawa separuh sahaja dan penumpang juga perlu mematuhi garis panduan untuk duduk di tempat yang ditanda sebagaimana yang dilakukan di dalam lif,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Menteri Kanan Mengenai Pelaksanaan PKP, di Putrajaya, hari ini.

Pada 1 Mei lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan PKPB yang memberi kelonggaran kepada hampir semua sektor ekonomi beroperasi, terutama bagi memastikan inisiatif pemulihan ekonomi dapat dijalankan.

Bagaimanapun, PKPB bukan bermakna PKP fasa empat ditamatkan, sebaliknya PKP tetap dikuatkuasakan dan rakyat yang ingkar boleh dikenakan hukuman.

Perlu ada penjarakan sosial di dalam kenderaan awam – gambar hiasan. Foto: NSTP.

Ismail Sabri berkata, bagi kenderaan persendirian pula, hanya empat individu dibenarkan berada dalam satu kenderaan dengan syarat mereka daripada satu keluarga yang menetap di rumah yang sama.

“Tiada isu berbangkit mengenai penjarakan sosial dalam kenderaan persendirian kerana dalam kalangan ahli keluarga di rumah yang sama, sememangnya tiada penjarakan sosial.

“Pengguna diingatkan agar mematuhi garis panduan diberikan Kerajaan dan jangan ingkar kerana tindakan akan dikenakan bagi individu yang melanggar SOP yang ditetapkan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 25 Jul 2025

[VIDEO] Qistina Raisah Sebak Terima Bunga Pertama Dari Kekasih, Dedah Pernah Dikecewakan 13 Lelaki

Qistina secara terbuka mendedahkan sebelum ini dia pernah menjalinkan hubungan cinta dengan ramai lelaki.

Featured Wed, 27 Mar 2024

Khatam Al-Quran Lebih 5 Kali, Netizen Bitter Gelar Lisa Surihani Riyak

MashaAllah, moga tips yang diberikan Datin Lisa dapat dijadikan pengajaran😊

Featured Fri, 17 Mar 2023
Featured Mon, 3 Nov 2025

“Masuk Senyap-Senyap, Keluar Pun Senyap-Senyap”- Namron

Namron meluahkan rasa tenang dan rendah diri apabila tidak terlalu menonjolkan dirinya sepanjang majlis berlangsung.

Featured Wed, 17 Jan 2018

8 Kesan Negatif Gajet Terhadap Kanak-kanak

Kuasa gajet terhadap kanak-kanak yang melanda ketika ini bukan sahaja menjadi fenomena di Malaysia, malah sudah menjadi isu global. Rata-rata ibu bapa berasa bimbang terhadap isu ini, namun dek kesibukan terhadap rutin seharian, ada juga […]

Featured Sat, 18 Jun 2022
error: Content is protected !!