Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari March 17, 2023 @ 5:30pm

“Ada 100 Nama Tersenarai Tapi…” – Bakal Timang Anak Ke-6, Jamal Abdillah Dilema Pilih Nama Untuk Anak

Penyanyi Pop terkenal, Datuk Jamal Abdillah akui sedang dilema dalam mencari nama yang sesuai untuk cahaya mata keenamnya.

Memetik laporan BH Online, Jamal memaklumkan bahawa telah menyenaraikan 100 nama yang bersesuaian untuk anak perempuan yang bakal dilahirkan pada April depan.

“Saya masih belum jumpa nama yang menarik minat saya. Kalau nama panjang sangat, tidak berapa sesuai pula. Saya mahu nama anak itu sedap untuk dipanggil.

“Bagaimanapun, nama dipilih mesti membawa makna yang baik. Selain itu, nama Yamani mesti dikekalkan,” jelasnya.

Sehubungan itu, pelantun lagu Gadis Melayu itu dan isterinya akui belum membuat keputusan untuk meletakkan nama anak mereka sehingga kini.

Malah, Jamal juga berharap pemilihan nama dapat selesai sebelum tarikh kelahiran yang tinggal 16 hari sahaja lagi.

“Kami masih buat perbandingan nama yang sudah disenarai dan yang dicadangkan peminat.

“Semestinya kami mahu nama yang membawa makna baik dan sedap disebut. Kalau boleh, saya mahu dapatkan nama untuk anak keempat ini sebelum 1 April depan.

“Saya dan isteri pilih tarikh kelahiran anak keempat ini pada 1 April depan kerana sama dengan tarikh perkahwinan kami,” kongsinya kepada BH Online.

Sekadar info, Jamal telah berkahwin dengan Zai Izzati pada 1 April 2017.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani, 2 dan Iskandar Rayyan Yamani, 1.

Dalam pada itu, Jamal juga memiliki dua orang anak lelaki menerusi perkahwinan pertama dan kedua iaitu Osama Yamani,22 dan Ahmad Zaki Yamani, 17.

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Sat, 6 Aug 2022

“Mohon Doakan Kesihatan Suami Saya” – Ako Mustapha Dikesan Alami Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru

Allahuakbar semoga Ako diberikan kesembuhan dengan segera. Semoga isteri dan anak-anaknya tabah hadapi ujian ini ❤️

Events Wed, 16 Oct 2019

陈政仁力邀李佩玲合唱!MV拍完近三年「终于」面世

歌曲其名,由Jin陈政仁和Jeryl李佩玲合唱的《I’ve Been Loving You Too Long》MV拍完近三年终于面世!

Hiburan Thu, 11 Dec 2025
Featured Mon, 22 Mar 2021
Trending Tue, 11 May 2021

Nak Duit Raya? Jom Menabung…. PTPTN Tawarkan Duit Raya RM200,000 Buat 500 Pemenang!

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini kembali dengan Kempen Jom Beraya, Jom Menyimpan 2021. Kempen ini layak untuk semua pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dengan tawaran hadiah lebih menarik untuk dimenangi. Pengerusi PTPTN […]

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

“Ketika Kami Meluru Keluar, Lampu di Mall Sudah Mula Jatuh” – Hariz Hamdan Cerita Detik Cemas Gempa Bumi Di Bangkok

Hariz Hamdan menceritakan detik cemas merasai gegaran gempa bumi di Bangkok, tengah hari semalam.

Featured Fri, 2 Feb 2018

High Heels Cantik, Tapi Undang Bahaya

High heels atau kasut tumit tinggi memang cantik digayakan, tetapi tahukah anda bahawa pemakaian item fesyen ini punya kesan negatif kepada tubuh badan.

Trending Thu, 4 Nov 2021

Killa Driz Akui Perlu Ada Kelainan Untuk Diterima

Hampir setahun bergerak secara rasmi ke dunia hiburan mainstream, nama Killa Driz mungkin masih baharu bagi sebilangan besar peminat. Namun untuk underground scene, lagu-lagu nyanyiannya mendapat sambutan baik dan sudah mengumpul peminat tersendiri. Meskipun sudah […]

error: Content is protected !!