Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 11, 2025 @ 3:06pm

Syasya Rizal Syukur Bersalin Anak Kedua Tiada Koyakan & Tanpa Epidural, Amal Tiga Petua Sepanjang Hamil

Penyanyi Syasya Rizal menzahirkan rasa syukur apabila proses melahirkan anak keduanya pada 1 Disember lalu dipermudahkan, meskipun kandungannya memasuki tempoh ‘overdue’ sehingga 40 minggu.

Syasya atau nama penuhnya Norsyasya Afiqah Shahrizal berkata, dia hanya mempunyai bukaan dua sentimeter (cm) ketika tiba di hospital.

“Dalam masa tujuh jam, bukaan dari 2cm terus menjadi 10cm. Alhamdulillah, saya selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.57 kilogram secara normal, tanpa koyakan dan tanpa epidural,” katanya menerusi sebuah video di TikTok.

Dalam perkongsiannya itu juga, Syasya turut mendedahkan beberapa amalan yang diamalkan sejak awal kehamilan yang dipercayai membantunya melalui proses bersalin dengan lebih mudah.

Antara yang dipraktikkannya termasuk memperbanyakkan berjalan sepanjang mengandung, mendengar selawat Masiyah setiap hari serta mengamalkan doa Nabi Yunus yang menurutnya mampu meringankan rasa sakit ketika kontraksi.

Dalam pada itu, bekas ahli kumpulan Dolla ini berterima kasih kepada suaminya, Nasrullah Mohd Sapie, yang kekal berada di sisi sepanjang dirinya mengalami kontraksi kuat.

“Allah beri rezeki untuk dia menemani saya dari awal sehingga selesai. Setiap kali kontraksi, dia akan ajak saya berselawat sama-sama,” ujarnya.

@syasya.rzl

Experience kali ni memang lain… Abang dulu 2.8kg , adik 3.57kg, terkejut mama 😭 Tapi alhamdulillah, walaupun adik besar, Allah permudahkan. Berpantang kali ni pun senang sikit nak bergerak sebab tak jahit. Syukur ya Rabb untuk perjalanan ini 🤍✨

♬ Reflection on Peace – Adauto Assis

`Syasya mendirikan rumah tangga dengan Nasrullah pada 20 April 2024, dan pasangan itu sebelum ini dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Yassir Hayyan, kini berusia setahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 24 Aug 2018

Gambar Bogel Mirip Anak Tular, Che Ta Lapor SKMM

Ammar baru dapat tahu mengenai penyebaran gambar itu hari ini. Disebabkan itu, Ammar dan pengurus saya sudah buat laporan kepada pihak SKMM.

Featured Fri, 5 Aug 2022
Hiburan Thu, 23 Jan 2020
Trending Fri, 24 Jul 2020
Featured Tue, 27 Dec 2022
Hiburan Tue, 14 Apr 2026

Kolaborasi Bersama Ucie Sucita, Nadia Rosli Tampil Dengan ‘Aduh Gak Kuat’

Penyanyi muda Nadia Rosli kembali mencuri perhatian dengan single terbaharu berjudul Aduh Gak Kuat, hasil kolaborasi bersama artis Indonesia, Ucie Sucita.

Hiburan Thu, 2 Aug 2018

Lawak Habis! Jom Tonton Aksi Wheely Dan Putt Putt Yang Mencuit Hati

Wheely membuktikan filem tempatan juga setanding filem luar yang mempunyai kualiti tersendiri dan penonton Malaysia perlu sokong karya sehebat Hollywood ini. Korang kena tengok ok, memang kelakar!

Trending Mon, 30 Apr 2018

Australian Uni Evacuates 500 Students and Staffs Because of Durian Smell

They thought the stinky fruit was a gas leak!

error: Content is protected !!