Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 2, 2018 @ 2:41pm

Lawak Habis! Jom Tonton Aksi Wheely Dan Putt Putt Yang Mencuit Hati

Tak hairanlah kenapa filem animasi terbitan kedua Kartun Studios, Wheely disebut sebagai filem bertaraf antarabangsa. Memang gempak beb!

Kami berpeluang menonton sendiri kehebatan Wheely, malam tadi dan ternyata filem Wheely memberikan pengalaman luar biasa. Dari awal sampailah ke penghujung cerita, tak kering gusi dibuatnya.

Menurut Dato Norman Abdul Halim selaku Penerbit Eksekutif Wheely, kejayaan filem ini bukan biasa-biasa kerana ia mendapat pra jualan ke lebih 100 buah negara. 

“ Seramai 8 orang alumni dari KRU Academy terlibat di dalam penerbitan filem ini.

“ Wheely membuktikan filem tempatan juga setanding filem luar yang mempunyai kualiti tersendiri dan penonton Malaysia perlu sokong karya sehebat Hollywood ini,” katanya di Majlis Tayangan Perdana Dunia Wheely di GSC Pavilion, malam tadi.

Filem berdurasi dua jam ini bakal meluncur laju ke negara seperti Amerika Syarikat. China, Jerman, United Kingdom, Korea Selatan, Russia dan banyak lagi,

Bakal berada di seluruh pawagam negara pada 16 Ogos depan, Wheely mengisahkan sebuah teksi kuning bernama Wheely yang dahulunya pelumba. Selepas mengalami kemalangan, Wheely berjanji untuk tidak lagi berlumba namun kemunculan Ben membuatkan Wheely tercabar dan akhirnya kembali ke trek.

Dengan bantuan Putt Putt, rakan baik Wheely juga terpaksa berdepan dengan sindiket jenayah menculik kenderaan mewah. Bagaimana agaknya aksi Wheely dan Putt Putt dalam menyelesaikannya? Jom ke pawagam berhampiran pada 16 Ogos ini okay?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 7 May 2026

Martabat Legasi Sharifah Aini Diangkat Dalam Konsert Eksklusif ‘A Tribute To Sharifah Aini’

Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) bakal mempersembahkan sebuah konsert istimewa berjudul ‘A Tribute to Sharifah Aini’ sebagai penghormatan kepada Biduanita Negara itu.

Hiburan Tue, 1 Aug 2023

[VIDEO] Jejak Kasih! Ini Reaksi Siti Nurhaliza Bila Jumpa Anak Angkat, Oddah Anak Sharifah Shahirah

Sempoi lah Oddah ni! Gelisah dia nak jumpa Mummy Siti Nurhaliza 🤭

Hiburan Fri, 15 Nov 2019
Hiburan Sun, 11 Sep 2022

Nadia Brian Dilabel Seksi Kerana Hasil Kerja

Yeke Nadia Brian seksi?? Yang penting Nadia memang cantik!😍🔥

Trending Fri, 4 Dec 2020
Hiburan Wed, 25 Apr 2018

BTS is Going on a World Tour!

The boys will be visiting some different countries too this time.

Hiburan Fri, 22 Nov 2024

Nad Zainal Pernah Rasa ‘Down’ Gara-Gara Ada ‘Whisker Dimples’ Di Wajah

Nad Zainal mengaku down ada whisker dimples di wajah

error: Content is protected !!