Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 7, 2026 @ 12:49pm

Martabat Legasi Sharifah Aini Diangkat Dalam Konsert Eksklusif ‘A Tribute To Sharifah Aini’

Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) bakal mempersembahkan sebuah konsert istimewa berjudul ‘A Tribute to Sharifah Aini’ sebagai penghormatan kepada Biduanita Negara, Sharifah Aini pada 6 Jun depan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP).

Konsert yang dijadualkan berlangsung pada jam 8 malam itu bakal mengimbau legasi seni Allahyarhamah Sharifah Aini yang disifatkan sebagai antara figura paling berpengaruh dalam industri muzik tanah air.

Meninggalkan dunia seni dan rakan industri yang disayanginya pada tahun 2014, nama Sharifah Aini terus gah dan diingati sehingga ke hari ini menerusi kehebatan vokal dan perjalanan karier seninya yang luar biasa.

Digelar sebagai ‘anak emas EMI’, Allahyarhamah juga pernah mencipta fenomena menerusi jualan album mencecah tahap Emas dan Platinum selain menjadi antara artis rakaman paling laris sepanjang zaman.

Sepanjang pembabitannya dalam industri, beliau dilaporkan telah merakamkan kira-kira 700 lagu serta menghasilkan lebih 100 album termasuk album kompilasi, runut bunyi, kolaborasi dan album berbahasa Inggeris.

Di bawah pimpinan konduktor, Ahmad Muriz Che Rose, konsert berkenaan akan disusun bagi mengetengahkan pelbagai sisi muzik Sharifah Aini termasuk genre pop, balada, tradisional, lagu filem dan Inggeris.

Manakala, antara penyanyi yang bakal menjayakan persembahan pada malam ‘A Tribute to Sharifah Aini’  ini termasuklah rakan baiknya, Datuk Khadijah Ibrahim dan Salamiah Hassan.

Khadijah dijadualkan menyampaikan lagu Hapuslah Airmatamu, Kudaku Lari serta medley Kau Tinggi Di Awan Biru, Terbang Helang dan Rindu.

Manakala, Salamiah Hassan pula bakal membawa penonton mengimbau nostalgia menerusi lagu, Kenang Daku Dalam Doamu, Tiada Maaf Bagimu serta medley Inggeris Forever And Ever, I Have A Dream dan Will You Still Love Me Tomorrow.

Turut memeriahkan konsert ialah penyanyi Asmidar yang akan mempersembahkan lagu hit pertama Sharifah Aini berjudul, Seri Dewi Malam selain beberapa medley tradisional dan pop.

Sementara itu, anak didik Allahyarham yang digilap bakatnya menerusi program realiti nyanyian, Mentor iaitu  Shiha Zikir pula bakal memberi penghormatan dengan membawakan lagu berjudul Mawar Putih Untuk Mama dan Bunga Tanjung.

Kesemua lagu pada malam itu nanti akan diberikan nafas baharu menerusi gubahan khas oleh komposer seperti Azhad Sulaiman, Shahhakam Mokhtar, Jenny Chin, Ilham Subri, Lugman Aziz dan Ahmad Muriz sendiri.

Konsert penghormatan itu dilihat sebagai salah satu usaha MPO dalam mengangkat warisan muzik tempatan ke tahap lebih tinggi selain memperkenalkan semula karya legenda kepada generasi baharu.

Harga tiket dijual bermula RM249 hingga RM399, manakala tiket suite ditawarkan pada harga RM449 dan RM499 seorang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 8 Jan 2025
Hiburan Wed, 15 Aug 2018

Tidak Akan Patah Semangat, Risteena Nekad Maju Ke Hadapan

Risteena atau nama penuhnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, tidak menjadikan perkara itu sebagai satu tekanan emosi.

Featured Mon, 26 Jan 2026

“I Am Totally Against Bullying” – Nafi Dakwaan Masuk Campur, Daler Yusuf Sokong Puteri Balqis

Penjelasan itu dibuat Daler susulan kritikan seorang individu yang mempersoalkan tindakannya sebelum ini.

Featured Thu, 23 Jan 2020
Hiburan Tue, 5 May 2026

Netizen Tanya Isu Penyondol, Sheila Rusly Dedah Pernah Beri ‘Lampu Hijau’ Suami Cari Pengganti – “Sampai Sekarang Setia Maknanya Tak Jumpa Lebih Baik”

Sheila mendedahkan dia pernah menitipkan pesanan kepada Jinggo atau nama sebenarnya, Azman Yahya untuk bersikap terbuka dan jujur sekiranya dia menemui wanita lebih baik daripadanya. 

Hiburan Mon, 27 Apr 2026

Persembahan Sentuh Hati Ramai , DSV Dedah Cik B Luah Segala Trauma Dikutuk Sejak Kecil 

DSV mendedahkan Cik B menjadi mangsa kecaman sejak kecil sehingga dirinya trauma. 

error: Content is protected !!