Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 8, 2025 @ 9:39am

“Saya Sedia Lafaz Talak Dengan Syarat..” – Suami Dakwa Zahnita Wilson Curang, Lari Dengan ‘Kekasih’ Selama 6 Bulan

Konflik rumah tangga bekas model, Zahnita Wilson dan suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, kembali mencuri perhatian.

Ia selepas pendedahan mengejutkan Abdul Zackery  yang mendakwa dirinya pula menjadi mangsa keganasan rumah tangga apabila isterinya itu dikatakan bertindak ‘Muay Thai’ kan dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN:Plot Twist! Suami Dakwa Jadi Mangsa ‘Muay Thai’ Zahnita Wilson – “Bila Ada Yang Serang, Kita Perlu Defensif”

ARTIKEL BERKIATAN:Zahnita Wilson Akui Berdepan Halangan Bertemu Anak-Anak Termasuk Diminta Buat Ujian Saringan Air Kencing

ARTIKEL BERKAITAN:Tak Mahu Ambil ‘Paid Review’, Usaha Zahnita Mahu Bantu Golongan Wanita Tingkatkan Perniagaan Raih Pujian

ARTIKEL BERKAITAN:Zahnita Wilson Syukur Dapat Perintah Perlindungan Interim, Nekad Tuntut Cerai Secara Fasakh

Dalam pada itu, Abdul Zackery tampil mengulas lanjut berkenaan isu perceraian yang diminta isterinya itu sebelum ini.

Menurutnya, dia sedia melepaskan Zahnita, namun meletakkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi termasuklah kebajikan dan juga hak penjagaan anak-anak mereka.

“Saya sedia melafazkan talak, dengan beberapa syarat yang perlu dia patuhi.

“Kalau dia dapat tunaikan syarat tu, saya aka lafaz talak dan kami boleh cerai cara baik. Saya sendiri tak mahu bergaduh tapi saya minta untuk kami berdua jaga anak-anak kami dengan baik,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, dia  juga menolak dakwaan kononnya wujud pihak ketiga dalam rumah tangganya bersama Zahnita sebaliknya, mendedahkan bahawa isterinya itu yang berlaku curang terhadapnya sekitar 10 tahun lalu.

Lebih mengejutkan, Zahnita pernah melarikan diri bersama ‘teman’ lelakinya selama enam bulan.

“Pada 2015 dan 2016, isteri saya yang mempunyai oang ketiga.

“Kami pernah melalui proses perceraian dan ketika itu dia keluar rumah dan lari dengan seseorang selama enam bulan.

“Anak perempuan saya sendiri yang bagitahu ibunya keluar dengan lelaki. Dan, bila saya cuba berbincang, dia bawa lari anak-anak,”jelasnya.

Mengulas lanjut, Abdul Zackery ketika ditanya sama ada tindakan melantik Jawatankuasa Pendamai (JKP) mampu menyelematkan rumah tangganya, dia bagaimanapun tidak menolak kemungkinan itu akan berlaku.

Tambahnya, sebagai seorang manusia biasa, agak berat untuk melupakan apa yang berlaku sejak beberapa bulan lalu.

Malah, jika kemaafan datang daripadanya ia adalah demi kebaikan anak-anak mereka.

“Agak berat untuk melupakan atau memafkan dia.

“Sebagai manusia biasa, mungkin saya akan maafkan tapi demi kebaikan anak-anak,” ujarnya.

Terdahulu, Zahnita sebelum ini memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan pada 3 Disember 2024 selepas berkongsi gambar mata lebam dalam Instagram sehari sebelum itu.

Dia mendakwa kecederaan itu berpunca daripada kekasaran suaminya.

Susulan laporan tersebut, Abdul Zackery ditahan polis untuk siasatan dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan Zahnita di Mahkamah Majistret Kuantan.

Dan, pada 2013, Zahnita dilaporkan pernah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam sebelum menarik semula kes selepas dipujuk suaminya.

Sekadar info, Zahnita dan Abdul Zackery berkahwin pada 2005 dan dikurniakan empat anak, iaitu Zahrafeena, 18, Zasharayna Ghouse, 13, Zahlia Syawwal, 8, dan Abd Zayden, 4.

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 10 Jan 2018

范冰冰「画框美人」登法国知名杂志封面

范冰冰近日登上法国杂志《Télérama》新刊封面,上演“画框美人”!照片中,镜子映射出范冰冰精致的脸庞,眉眼清澈,烈焰红唇尽显东方神韵。

Featured Fri, 3 Oct 2025

XTRA XSTAR 2025: 5 Peserta Paling ‘Meletop’ Dengan Tontonan Video Tertinggi

Pencarian bakat paling hangat #xtraxstar2025 kini semakin meriah apabila persaingan peserta kian sengit dengan pelbagai persembahan kreatif dan luar biasa.

Hiburan Sun, 25 Jan 2026

Kmy Kmo, Luca Sickta Lancarkan Single ‘Kertas Wangi’

Kmy Kmo & Luca Sickta terus konsisten mengangkat adat serta warisan budaya dalam karya apabila tampil dengan single terbaharu berjudul Kertas Wangi.

Featured Fri, 10 May 2024
Hiburan Thu, 9 Jan 2020
Hiburan Mon, 28 Oct 2019

‘Mama Minta Maaf…’- Fauziah Nawi

Al-Fatihah. Salam takziah buat seluruh keluarga seniwati Fauziah Nawi…

error: Content is protected !!