Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 10, 2024 @ 5:00pm

Tak Mahu Ambil ‘Paid Review’, Usaha Zahnita Mahu Bantu Golongan Wanita Tingkatkan Perniagaan Raih Pujian

Pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson mencuri perhatian selepas sepotong video pendek tular di platform TikTok.

Menerusi video berdurasi lebih satu minit itu, Zahnita atau nama penuhnya, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39, memaklumkan, dia terbuka membantu golongan ibu dan wanita yang ingin mengembangkan karier dan perniagaan mereka.

Katanya, tiada sebarang bayaran akan dikenakan hanya semata-mata mahu memberi pendedahan terhadap produk yang dijual dan dikeluarkan.

“Saya tak mahu ambil sebarang paid review kalau anda nak saya bantu untuk bina perniagaan anda dan mahu lebih pendedahan terhadap produk dan jenama anda, saya gembira untuk membantu.

“Hantarkan sahaja produk anda dan nanti saya akan muat naik dekat Instagram Story dan harapnya ia akan dapat membantu anda. Tak payah bayar saya,” katanya.

Dalam pada itu, Zahnita berkongsi bahawa dia memahami perasaan golongan ibu yang terpaksa mencari rezeki demi meneruskan kehidupan apatah lagi pada zaman yang serba mencabar ini.

“Saya tahu bagaimana susahnya untuk orang membantu anda dan betapa mahalnya untuk mendapatkan exposure.

“Jadi saya mahu membantu golongan ibu di luar sana untuk membangunkan kerjaya dan perniagaan mereka.

“Sebenarnya hari ni ada seorang minta saya buat paid review for her lip matte dan dia sedang mengandung 9 bulan. Semestinya saya tak boleh tolak. Kesian lah dia dah nak bersalin.

“Saya ni pantang sikit kalau bab perempuan mengandung. Saya tahu betapa susahnya untuk tetap bertahan dan betapa susahnya menjadi seorang ibu yang kena mencari duit. Memang susah,” jelasnya.

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telahpun meraih lebih 43,000 tontonan beserta respons dalam kalangan netizen.

Bahkan, rata-ratanya kagum dengan sikap positif yang ditunjukkan Zahnita selepas episod duka yang menimpa dirinya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 16 Nov 2023
Trending Sat, 12 Jan 2019

Harga Minyak Turun Lagi

Menurut Lim, ​​​​​​​kaedah mingguan itu yang menurunkan harga runcit produk petroleum apabila harga minyak dunia turun dan mengehadkan pada RM2.20 bagi RON95 dan RM2.18 untuk diesel apabila harga minyak dunia naik,

Hiburan Mon, 30 Mar 2026

Kongsi Foto Bersama Seorang Jejaka, Adira Suhaimi Dah Temui Pengganti?

Adira seakan memberi bayangan hatinya kini sudah dimiliki oleh individu tersebut.

Featured Fri, 8 Nov 2024

“Serius You Memang Kuat! Saya Dengar Pun Sedih” – Saling Berbalas DM, Netizen Sebak Tengok Fazura Bawa Lagu Bertahan Demi Cinta Seorang Diri

Walupun dikritik dek kerana nyanyiannya yang sumbangm, Fazura bagaimanapun tidak berkecil hati sebaliknya….

Hiburan Fri, 8 Mar 2019
Trending Tue, 22 Feb 2022

Farahdhiya Pilih Rapper Korea Selatan

Penyanyi Farahdhiya atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohd Amin, 38, mengambil keputusan untuk tampil dengan sesuatu yang berbeza apabila muncul dengan single terbaru berjudul Tewas. Lagu Tewas yang bergenre Electronic Dance Music (EDM) menggunakan tiga bahasa […]

Trending Thu, 28 Apr 2022
Hiburan Tue, 20 Feb 2024

Terpaksa Bohong Ibu Bapa, Amir Masdi Dedah Pernah Buat Show Tidak Berbayar

Allahu kesiannya.. Tak baik ambil kesempatan macam tu..

Trending Tue, 26 Feb 2019

Misteri Istana Woodneuk terungkai, bernilai RM14 bilion, tetapi dibiarkan usang

TMJ miliki istana di Singapura yang dijadikan inspirasi untuk filem Crazy Rich Asians

Hiburan Sun, 31 Mar 2019

Belum Sempat Bulan Madu, Pekin Ibrahim Rancang Bawa Isteri Ke Santorini

Insha Allah kalau ada rezeki masa terdekat, saya akan usahakan…

error: Content is protected !!