Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 9, 2023 @ 7:19pm

Achievement Unlocked! Impian Bob Yusof Berduet Dengan Ziana Zain Tercapai Di Konsert Raya Sepanjang Zaman DFP

Penyanyi, Bob Yusof meluahkan rasa teruja apabila dapat berkongsi sepentas bersama idolanya, penyanyi terkemuka, Ziana Zain ketika di ‘Konsert Raya Sepanjang Zaman’ di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) berlangsung pada malam Sabtu lalu.

Bob ketika ditemui usai konsert tersebut berkata, berduet dengan pelantun lagu Madah Berhelah itu seakan telah menanda salah satu impiannya sepanjang 19 tahun berkecimpung dalam industri seni.

“Hari pertama bila saya dapat tahu akan berduet dengan Kak Ziana, saya memang sangat teruja! Ini adalah kali pertama kami diberi peluang untuk berduet, pengalaman yang sangat menyeronokkan!

“Kak Ziana adalah idola yang turut menjadi rujukan sepanjang perjalanan seni sebagai penyanyi. Ia satu penghormatan buat saya. Alhamdulillah, terima kasih kepada MPO dan Kak Ziana. Kami banyak bertukar pendapat dan saling berkongsi tips,” katanya.

Bukan sahaja berpeluang untuk berduet bersama Ziana, malah Bob juga berkongsi pentas bersama penyanyi veteran terkenal tanah air, Datuk Hail Amir dan Sanisah Huri, dibawa khas dari Singapura.

“Saya rasa kalau ada catatan KPI itu memang ini satu pencapaiaan yang boleh saya rasa banggakan, kerana bukan senang untuk berkolaborasi dengan MPO.

“Saya dulu pernah membuat persembahan pada 2010 bersama Performing Arts Group di DFP. Tidaklah sebegini, masa tu konsert keroncong, agak lain. Malam ini memang simfoni orkestra penuh, arrangement cantik. Bukan senang boleh catat dalam pencapaian,” katanya lagi. 

Gabungan duet antara Ziana dan Bob yang membawa lagu medley Allahyarham Datuk Sharifah Aini menerusi lagu Selamat Hari Raya dan Hari Mulia mengamit memori raya penonton.

Sepanjang konsert berlangsung, para penonton berhibur mendengar lagu-lagu raya klasik malar segar yang digubah dalam susunan simfoni orkestra dianggotai oleh 60 pemuzik hebat tanah air.

Kira-kira 25 buah lagu raya sepanjang zaman didendangkan ke peringkat yang lebih tinggi melalui interpretasi simfoni hasil gubahan Jenny Chin, Gerard Salonga, Luqman Aziz, Ilham Subri dan diketuai oleh muzik direktor, Ahmad Muriz sendiri.

Konsert Raya Sepanjang Zaman turut mempersembahkan medley raya klasik malar segar yang pernah dipopularkan Seniman Legenda, Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Datuk DJ Dave, dan Datuk M Nasir.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 21 Oct 2021

REV Media Group Lancar Jenama Media Permainan & Hiburan dalam Bahasa Malaysia

Edisi serantau jenama media untuk permainan, hiburan dan budaya peminat terkemuka di dunia, IGN Southeast Asia kini lokal! Para peminat permainan video dan hiburan di Malaysia kini boleh mengakses maklumat eksklusif terkini, pratonton, temu bual, […]

Trending Sat, 10 Aug 2019

Anak Tercekik Blok Mainan, Ibu Pula Yang ‘Lemas’

Bahayanya mainan ini pada anak-anak kecil ya. Pantau serapat yang boleh.

Trending Thu, 15 Apr 2021
Hiburan Thu, 24 Oct 2019
TECH Fri, 21 Dec 2018

Cara Memaksa Isyarat pada Android menjadi 4G Sahaja

Seperti yang kita tahu, rangkaian 4G mula berkembang di Malaysia. Bagi anda yang ingin mengunci telefon pintar ke dalam rangkaian 4G, inilah caranya.

Featured Tue, 13 Jul 2021

Arab Saudi Kini Iktiraf Vaksin Sinovac, Penerima Kini Boleh Tunai Haji & Umrah Di Makkah

Negara Arab Saudi telah memberi kebenaran untuk individu yang menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Sinovac keluaran China, memasuki negara itu. Perkara tersebut disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli […]

Hiburan Tue, 11 Dec 2018

童缤毓:我本身有点敏感体质!拍摄片场灵异事件令拍摄阻滞重重

马中合资爱情惊悚电影《双生》1213上映;片场灵异事件令拍摄阻滞重重,童缤毓”我本身有点敏感体质!“

Trending Tue, 20 Aug 2019

Setelah 80 tahun, Utusan Malaysia bakal ditutup

Baru-baru ini, seramai 100 orang pekerja Utusan Malaysia telah mengadakan demonstrasi tunjuk perasaan menuntut gaji yang tidak dibayar dari Jun hingga Ogos 2019. Utusan Malaysia yang dahulunya merupakan jentera UMNO yang menggunakan medium Utusan sebagai […]

error: Content is protected !!