Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari October 6, 2022 @ 8:25pm

Ulas Isu Jam Tangan Mewah & Suka Duka Ketika Berkhidmat, Pengawal Peribadi Fazura, Fattah Amin Tampil ‘Buka Mulut’?

Sebelum ini heboh mengenai jam tangan berjenama mewah yang dipakai oleh pelakon dan usahawan, Fazura ketika sambutan hari lahir suaminya yang dikatakan mencecah jutaan ringgit.

Namun, terdapat segelintir warganet mendakwa yang jam tangan tersebut adalah sekadar pinjaman dan disebabkan itu Fazura menggunakan perkhidmatan pengawal peribadi.

Sehubungan itu, memetik laporan NONA, pengawal peribadi Fazura, Shahaszrin dihubungi dan tampil menjelaskan tentang isu yang timbul ini.

Menerusi temu bual tersebut, Shahaszrin atau mesra disapa Shah mengulas mengenai jam tangan tersebut dan menyifatkan isu tersebut kelakar.

“Baru-baru ini terbaca juga di media sosial mengatakan saya dibayar oleh satu syarikat untuk menjaga keselamatan Fazura ketika beliau memakai aksesori mahal sehinggakan perlu memulangkannya dengan segera. Perkara ini tidak betul dan sangat kelakar bagi saya.

“Saya dibayar untuk menjaga keselamatan mereka. Sudah tentu tugas pertama saya adalah untuk memastikan kedua-dua mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat.

“‘Selamat’ ini bukan hanya merujuk keselamatan diri secara fizikal luaran tetapi saya juga kena pastikan mereka selamat dari sebarang atau setidak tidaknya mengurangkan risiko dari penyakit wabak yang melanda satu dunia sekarang ini,” jelasnya.

Malah dia memaklumkan bahawa pada awalnya dia ditugaskan untuk menjadi pengawal peribadi kepada Fattah Amin sahaja namun tidak lama kemudian dia diminta untuk menjaga Fattah Amin dan juga Fazura.

“Awal dahulu, saya ditawarkan untuk menjadi pengawal peribadi dari Fattah saja. Waktu itu Fattah di bawah satu pengurusan. Mereka meminta saya untuk menjaga Fattah untuk tempoh satu hari.

“Tidak lama selepas itu, mereka meminta saya untuk menjaga kedua Fattah dan Fazura untuk acara ABP pada tahun 2017. Itulah kali pertama saya menjaga Fazura. Sehingga kini, dah 5 tahun saya menjaga keselamatan dan privasi pasangan selebriti kesayangan ramai ini,” katanya NONA.

Bukan itu sahaja, Shah turut sempat berkongsi kisah suka dukanya sepanjang berkhidmat dengan Fattah Amin dan Fazura.

“Pernah dalam satu event, saya dikecam teruk di laman sosial saya, hanya disebabkan satu video yang menunjukkan saya menghalang beberapa peminat menyerbu Fazura untuk bergambar.

“Tujuan utama saya pada waktu itu adalah atas dasar keselamatan Fazura, untuk mengurang risiko penyakit yang berjangkit. Tapi itulah. Tak semua orang faham dan tak semua orang boleh terima tuntutan kerjaya saya. Saya ok saja, janji bos (Fazura) saya happy!,” ujarnya.

Menceritakan kenangan manis sepanjang bergelar pengawal keselamatan kepada pasangan kegemaran ramai itu, Shah mendedahkan bahawa pasangan tersebut sentiasa baik dengannya malah tidak pernah melupakan keluarganya sekali.

“Layanan mereka pada saya sangat baik. Kalau tidak, takkanlah dah masuk 5 tahun saya bersama dengan mereka. Mereka cukup baik bukan dengan saya saja, tapi dengan semua orang yang berkerja dengan mereka. Mereka punya baik hati sampaikan isteri dan anak saya pun mereka berdua tak pernah lupa.

“Jika mereka pergi shopping, mesti Faz akan tanya “Isteri Shah suka warna apa ya, anak Shah suka toys apa ye”. Jadi setiap kali mereka bertanya soal itu, saya cuba untuk mengelak, maklumlah saya berkerja dan dibayar.

“Malu juga dibuatnya. Jadi sekarang ini kalau mereka nak belikan apa apa untuk isteri atau anak saya, mereka dah tak tanya. Mereka terus beli saja dan berikan kepada saya,” luahnya.

Sumber: NONA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 15 Aug 2018

5句电影台词让你学会放下!

有时伤心难过的情绪,往往源自于懊恼、后悔,但既然这些事情都已经过去了,不论有可能会造成什么后果也只能靠未来挽救,如今再为过去掉眼泪,岂不是太浪费时间力气?

Trending Tue, 19 Jan 2021
Events Tue, 9 Apr 2019

Barisan Artis Lagenda Bakal Buat Persembahan, Jom Ke KL Jamm 27-28 April Ini!

KL Jamm yang dianjurkan Music Unlimited International Sdn.Bhd ini, bakal menggabungkan pelbagai genre muzik seperti rock, hip hop, jazz dan juga pop. 

Hiburan Thu, 25 Apr 2024
Hiburan Fri, 19 Sep 2025

XTRA XSTAR 2025: Penuh Aura Bintang, Ini Peserta Bertuah Mara Ke Peringkat Top 20!

Top 20 XTRA XSTAR 2025 undian bermula pada 23 September ini!

Drama Thu, 12 Jan 2023

Kecoh Kelibat Aliff Aziz Di Kelab Malam

Apakah sebenarnya yang berlaku?

Hiburan Sat, 17 May 2025
error: Content is protected !!