Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 18, 2024 @ 4:20pm

Pakai Topi Huruf ‘R’, Penampilan Aliff Aziz Curi Perhatian

Penampilan pelakon dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz mencuri perhatian yang tampil memakai topi berona hitam serta turut tertera huruf ‘R’.

Aliff yang memakai baju ‘hoodie’ memuat naik foto tersebut menerusi sebuah perkongsian di Instagram Story (IGs) miliknya pada petang, Jumaat.

Meskipun tidak meletakkan sebarang kapsyen, namun begitu Aliff menulis emoji bintang dan permata, selain menggunakan lagu berjudul Trampoline milik Shaed dan Zayn.

Foto tersebut turut memaparkan pelantun lagu Sayang Sayang ini sedang menikmati juadah di Restoran Nandos.

Aliff Aziz

Sebelum ini, status IGs aktres, Ruhainies dan Aliff menimbulkan persoalan selepas kedua-dua selebriti ini menggunakan lagu dan emoji yang sama.

Artikel Berkaitan: Guna Emoji & Lagu Sama, Aliff Aziz Tulis ‘Quotes’ Berjanji Setia… Netizen Dakwa Tuju Pada Ruhainies?

Pada Khamis, Aliff dan Ruhainies enggan memberi sebarang komen mengenai prosiding kes khalwat yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, semalam.

Kes khalwat membabikan pelakon sensasi, Aliff Aziz bersama aktres, Ruhainies akan bersambung pada prosiding seterusnya pada tarikh 20 dan 27 Februari depan.

Pada prosiding 3 Julai lalu, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah dan meminta kes khalwat mereka dibicarakan.

Pertuduhan terhadap mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pada 20 Jun lalu, Aliff dan Ruhainies hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi proses lanjutan bon jamin terhadap kes khalwat yang dilaporkan berlaku di sebuah kondominium mewah, di ibu negara pada 9 Mac lalu.

Selepas dibawa ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk disoal siasat, Aliff dan Ruhainies masing-masing dibebaskan dengan jaminan kira-kira jam 2 petang, pada hari sama.

Terdahulu, media melaporkan artis berstatus suami orang dan pasangannya, seorang pelakon wanita, dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: Kes Khalwat Bersambung Februari 2025, Aliff Aziz & Ruhainies Pilih Kunci Mulut… Enggan Ditemubual Media

Artikel Berkaitan: Adik Ruhainies Tarik Diri Jadi Penjamin Aliff Aziz Berhubung Kes Khalwat

Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine Dakwa Ruhainies Tayang Bunga Lama?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 11 Jun 2021

“Dalam Pada Terluka, Dia Tidak Sedar Ada Seseorang….” – Achey Sembuh Dari Sakit

Selepas berjaya meraih 34 juta tontonan di YouTube dengan single Sakit yang dilancarkan tahun lalu, penyanyi dan pelawak Achey kini melancarkan pula lagu berjudul Sembuh. Menjadi kesinambungan lagu Sakit, lagu Sembuh yang juga hasil ciptaan […]

Selebriti Thu, 27 Jul 2023
Trending Fri, 6 Mar 2020
Hiburan Thu, 24 Jul 2025
Trending Tue, 26 Mar 2019

Pelajar Malaysia Ditemui Mati di Hyde Park London

Bapa Allahyarham hanya dimaklumkan jenazah anak dikenal pasti melalui kad pelajarnya. Al- Fatihah buat arwah Muhammad Hafiz Zainal…

Hiburan Mon, 9 May 2022

Nyanyi Single Popular New Boyz ‘Meraung’, Tomok Terkejut Anak Hafal Lagunya

Tomok terkejut anak sulungnya boleh hafal lagunya ketika di zaman New Boyz.

Hiburan Mon, 14 Oct 2019
Hiburan Wed, 25 Sep 2019

中文AIM报名创新高!黄明志与郭修彧个人报名量最高

《2020 AIM 中文音乐颁奖典礼》报名已截止,经过整理与统计,该届报名再创新高,其中个人报名量最高的是郭修彧以及黄明志!

error: Content is protected !!