Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 29, 2025 @ 3:40pm

Bekas Isteri Datuk Red Akui Pernah Cakar Seorang Wanita Ketika Di Dalam Rumah – “Aku Terajang Sampai Terpelanting”

Status terkini bekas isteri usahawan dan pempengaruh sensasi, Datuk Red iaitu Sharifah Norshafila Hashim mencuri tumpuan selepas membuat pengakuan pernah mencakar seorang wanita suatu ketika dahulu.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) miliknya, Sharifah yang juga bekas madu kepada penyanyi, Adira Suhaimi ini menceritakan kejadian tersebut berlaku ketika wanita itu berada dalam kediamannya.

“Teringat pula zaman dulu-culu.. cakar mencakar ni. Suatu ketika dulu saya mencakar seorang perempuan ni dalam rumah saya,” katanya.

Lebih mengejutkan, Sharifah mendakwa dirinya bukan sahaja mencakar wanita berkenaan, malah juga ‘terajang’ individu itu.

“Zaman dah berlalu, masa usaya muda lagi. Saya ada darah pahlawan. Tak habis dari situ, bukan setakat cakar saja, aku terajang sampai terpelanting,” katanya.

Dalam masa sama, Sharifah turut berkongsi kesan perceraian emosi terhadpa anak-anak.

Sharifah dipercayai berkongsi perkara demikian susulan konflik antara pempengaruh Jofliam dan isterinya, Dewi serta Cik Epal yang mendakwa wajahnya telah dicakar.

Sekadar info, Datuk Red dan Sharifah sah bercerai pada 14 Mei 2024.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 3 May 2018

Sangkal Gosip, Mana Ada Ustaz Don Kahwin Dua!

Tambah Ustaz Don, beliau secara jujur memberitahu ini pertama kali dia mendengar gosip isu poligami melibatkan dirinya.

Hiburan Fri, 30 May 2025

[VIDEO] Peminat Kongsi Momen Terakhir Sebelum Butik dUCk Scarves Milik Vivy Yusof Tutup Operasi

Penutupan dUCk Scarves butik dipercayai berkait rapat dengan kes amanah Vivy Yusof

Hiburan Wed, 28 Jun 2023
Featured Wed, 10 Dec 2025

“Kau Orang Kalau Tak Ada Benda Baik Nak Buat, Baik Duduk Diam” – Fizo Omar Tegur Tindakan Netizen ‘Rate’ 1 Bintang Restoran Milik Khairul Aming

Fizo menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak wajar serta boleh menjejaskan reputasi perniagaan orang lain.

error: Content is protected !!