Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari November 12, 2022 @ 3:27pm

“Biar Allah Buka Pintu Hati” – Maafkan Segala Kutukan, Ustazah ‘Viral’ Anggap Orang Ramai Tak Faham Dakwahnya

Sejak kebelakangan ini, nama pendakwah bebas, Ustazah Afifah menjadi bualan hangat di laman sosial gara-gara membuat dua kenyataan panas dengan menggelar para suami dayus kerana membenarkan isteri bersalin di sambut oleh doktor lelaki dan menyatakan bersalaman dengan artis boleh menghilangkan roh serta jiwa.

Akibat kenyataan tersebut, Ustazah Afifah dihujani dengan pelbagai kecaman dan kritikan di laman sosial daripada warganet dan kalangan artis.

Sehubungan itu, memetik laporan Harian Metro, Ustazah Afifah menyatakan yang ramai tersalah anggap dengan kenyataannya tular itu kerana hanya menonton video pendek yang telah disunting.

“Ramai salah faham dengan kenyataan saya sebab hanya menonton video pendek yang sudah disunting hingga menjadi tular,” katanya.

Tidak terkesan dengan kecaman yang diterima, Ustazah Afifah memaklumkan bahawa dia tidak menyimpan amarah malah telah memaafkan individu yang mengkritik dirinya.

“Orang nak kata apa, tak apa. Orang kita tak faham. Kita nak sampaikan pada manusia.

“Biarlah mereka nak marah pada saya, yang penting bukan Allah SWT dan Rasulullah SAW di akhirat kelak. Suami adalah guru yang banyak mengajar saya soal agama.

“Suami saya bukan biasa-biasa. Begitu juga bapa dan datuk saya. Mereka semua orang beragama. Mungkin kerana darah yang mengalir itu membuatkan saya nak saya tahu lebih mendalam mengenal agama Islam.

“Saya mudah, tak perlu marah kepada orang awam, kerana saya anggap mereka tak tahu tapi mereka pasti akan faham apa saya perjuangkan ini suatu hari nanti. Saya maafkan mereka. Moga Allah ampuni dan ketuk pintu hati mereka. Manusia ada akal. Biar Allah bukakan pintu hati mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Ustazah Afifah turut menjelaskan bahawa perkongsiannya itu di laman TikTok bukan untuk menempa nama atau kemashsyuran tetapi atas dasar tanggungjawab.

“Saya bukan kejar duit dan glamor. Ini tanggungjawab saya untuk bersuara buat wanita yang tidak mampu. Berapa ramai wanita yang trauma melalui situasi memalukan begitu ketika bersalin?

“Saya bukan nak bisnes dengan menggunakan agama. Ini memang cara saya dalam berdakwah. Saya cuma takut pada Allah sebab saya ada anak, cucu, cicit dan keturunan. Biarlah manusia kutuk kita, sebab itu tanda Allah sayang dan dekat dengan kita,” ujarnya lagi.

Kata Ustazah Afifah lagi, walau ramai yang mengecam namun ramai juga yang menyokong dengan memberi semangat menerusi kiriman mesej.

“Alhamdulillah, ramai sangat yang ‘backup’ saya dengan mesej saya secara peribadi. Sampai ada yang menangis fikiran keadaan saya.

“Malah, ramai wanita menyokong apa saya cakap. Ada juga yang minta maaf sebab pada mulanya marah tengok video itu, tapi selepas tengok versi penuh barulah faham. Saya pun minta maaf juga sebab ada ketika penyampaian saya itu garang,” luahnya lagi.

Dia juga meminta orang ramai untuk membaca kenyataan yang sudah dikongsikan oleh Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad mengenai hukum isu itu.

“Apa yang dinyatakan Mufti Negeri Sembilan jelas. Dia tunjuk panduan jelas kepada orang awam berkenaan perkara ini dan apa hukumnya. Jadi, tidak ada siapa yang takkan faham,” kata Ustazah Afifah.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 27 Aug 2024
Hiburan Fri, 9 Aug 2024

Pempengaruh Islamik Sedih Terpaksa Jual Barangan Mewah?

“Itu adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan wang” – Pempengaruh Islamik

Selebriti Thu, 4 Jan 2024
Trending Sat, 3 Feb 2018

Keluarga Mangsa Mahu Kematian Anak Dibela

“Kami Mahu Keadilan,” Sedih Atas Pemergian Anak Gadisnya, Keluarga Mangsa Mahu Kematian Anak Dibela

Featured Tue, 2 Nov 2021

Cikgu Bengang Sikap Penghuni Buang Barang Dari Atas Flat – “Mi Segera, Kuah Mi Kari, K*ndom Siap Lend*r Lagi!”

Seorang guru tadika bengang selepas mendapati sisa mi segera dicampak oleh penghuni flat dari atas sehingga mengotorkan bahagian bumbung dan hadapan keretanya. Menerusi temu bualnya bersama mStar, wanita yang mesra disapa sebagai Nina berkata, kejadian […]

Eat Travel Mon, 13 Apr 2020
Hiburan Fri, 1 Feb 2019

首要媒体超越谷歌和脸书!成为大马人最受欢迎的移动内容

马来西亚最大的整合媒体公司首要媒体超越谷歌和脸书,成为马来西亚人最受欢迎的移动内容!

error: Content is protected !!