Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 9, 2024 @ 3:24pm

Pempengaruh Islamik Sedih Terpaksa Jual Barangan Mewah?

Pempengaruh islamik sensasi meluahkan rasa sedih apabila terpaksa menjual barangan peribadi berjenama mewah miliknya.

Menerusi video tular di platform TikTok, ada individu berkongsi tangkapan skrin hantaran beberapa barangan mewah pempengaruh islamik tersebut yang mahu dijual.

Bukan itu sahaja, pempengaruh berkenaan turut terpaksa menjual barangan mewah tersebut di pusat membeli belah demi mendapatkan wang.

“Kami pergi ke sebuah pusat membeli belah untuk menjual barangan kami. Hati saya diselubungi kesedihan tetapi fikiran saya dikawal oleh realiti.

“Berjalan ke kedai dengan beg berjenama dan dalam masa yang sama cuba meyakinkan hati saya untuk melepaskan sesuatu yang benar-benar akan diingati oleh saya.

“Tetapi saya tahu itu adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan wang. Ia bukan tentang jenama tetapi lebih kepada nilai sentimental yang pada barangan itu,” katanya.

Bagaimanapun, hantaran pempengaruh tersebut telah dipadam kerana dipercayai tidak henti menerima kecaman warganet.

Sementara itu, individu TikTok yang mendedahkan perkara berkenaan turut berkongsi satu tangkap layar hantaran Facebook ‘Scam No One’ dipercayai memberi respons terhadap tindakan pempengaruh islamik yang menjual barang peribadinya itu.

“‘Wait a minute’, itu bukan hak kamu sebab kami beli dengan duit yang kamu curi,” tulisnya.

Pempengaruh islamik
Bukan itu sahaja, ada juga individu mendakwa akaun IG yang digunakan oleh pempengaruh tersebut adalah akaun baharu namun sudah dinyahaktif.

Sekadar info, sebelum ini media melaporkan pasangan pempengaruh islamik terpalit dakwaan menyeleweng kutipan derma telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pasangan itu ditahan bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan berjumlah RM100,000 seorang.

Walaupun dibebaskan, mereka masih perlu melapor diri ke pejabat SPRM sebulan sekali sehingga kes tersebut selesai.

Artikel Berkaitan: Isu Seleweng Duit Kutipan Derma, Pempengaruh Bawa Imej Islamik Mohon Doakan Yang Terbaik

Artikel Berkaitan: SPRM Beku 20 Akaun Bank Bernilai Lebih RM740,000 Babitkan Pempengaruh Bawa Imej Islamik

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 7 Feb 2025

“Polis Indonesia Tolong Ajar Sikit!” – Michael Ang Berang Ammar Nazhan Buat Content Memalukan Negara

Michael Ang berang Ammar Nazhan buat content paranormal hilang palsu

Hiburan Mon, 13 Mar 2023
Featured Wed, 12 Feb 2025

Didakwa ‘Seronok’ Hasilkan Content Berunsur Songsang, Ini Respons Imran Bard: “Saya Minta Maaf, Tuduhan Itu Sangat Berat!”

Imran Bard meluahkan rasa kesal selepas video pendek yang dihasilkannya baru-baru ini menerima respons kurang enak.

Hiburan Wed, 23 May 2018
Hiburan Fri, 9 Jun 2023

MonoloQue Selit Elemen Futuristik.. Batu Sumpah Sebagai Pemisah Dalam MV Lagu Cinta

‘Ketika waktu susah dan perih, cinta adalah penguat. Ketika waktu senang dan tenang, cinta adalah penyeri’ – Lagu Cinta, MonoloQue

Featured Mon, 5 Aug 2024
Featured Wed, 30 Jun 2021

“Jangan Pendam Jika Ada Masalah, Luahkan…” – Nazim Othman

Berikutan tularnya pelbagai masalah dan tekanan yang hidup yang dihadapi oleh orang ramai, pelakon Nazim Othman menggalakkan agar individu yang mengalami tekanan agar tidak memendamnya seorang diri. Nazim menggalakkan mereka yang mengalami tekanan di saat […]

Trending Wed, 14 Oct 2020
error: Content is protected !!