Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 12, 2022 @ 3:24pm

Filem Dedah ‘Aurat’ Masih Ditayangkan, Lisa Surihani Hanya Mampu Berdoa – “Ada Benda Yang Saya Sendiri Tak Boleh Buat Apa-Apa”

Sering menerima pujian gara-gara penghijrahannya, pelakon Lisa Surihani bagaimanapun mengakui tidak mampu mengawal mana-mana tayangan filem lakonannya yang pada ketika itu masih tidak menutup aurat.

Menurutnya, dia hanya mampu berdoa agar penghijrahannya untuk menjadi insan yang lebih baik dipermudahkan Tuhan.

“Ada benda yang saya sendiri tak boleh buat apa-apa. Saya hanya mampu berdoa sebab sesetengah perkara bukan dalam kawalan saya.

“Saya sendiri belum arif tentang itu dan belum lagi bertanya ustaz atau pakar agama tentang perkara tersebut. Namun, saya berdoa agar jalan saya dipermudahkan dan berharap perkara itu akan hilang sendiri nanti,” katanya.

Sementara itu, Lisa juga menolak dakwaan yang mengatakan dia kini sudah berhenti dari dunia lakonan kerana dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah projek lakonan.

“Nak kata saya sudah berhenti berlakon tak juga sebab saya sedang menjayakan sebuah penggambaran melakonkan watak cameo. Dan, ada juga beberapa tawaran lain yang masih dipertimbangkan,” jelasnya.

Terdahulu, Lisa pernah memaklumkan dia turut menyimpan hasrat untuk mengemudi program bual bicara sendiri berbentuk soal jawab agama.

“Kalau ada program bual bicara sendiri, terutamnya soal jawab agama mewakili masyarakat itu yang saya cukup idam-idamkan.

“Mungkin kerana saya banyak menyertai kelas dan seminar, jadi sedikit sebanyak menambahkan minat saya untuk lebih meneroka ilmu agama sekaligus dapat menjadi lidah kepada masyarakat yang mungkin ada persoalan berkaitan agama. Dan itu pasti menyeronokkan,” ujarnya.

 

ARTIKEL BERKAITAN:Hijrah Lisa Surihani Dipuji Ramai, Yusry Tidak Mahu Ambil Kredit – “Itu Apa Yang Dia Mahu, Bukan Saya Paksa”

ARTIKEL BERKAITAN:“Bukan Mahu Bersara Cuma…” – Lisa Surihani Idam Program Bual Bicara Soal Jawab Agama Sendiri

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Penampilan Raih Sokongan Ramai: “Hijrah Bukan Untuk Dipuji Baik” – Lisa Surihani

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 25 Jan 2021
Hiburan Tue, 19 Nov 2024
Featured Mon, 9 May 2022
Trending Wed, 7 Mar 2018

Kecewa dengan Neelofa, Peminat Buat Live Video Bakar Tudung Naelofar Hijab

Belum reda lagi rupanya kemarahan peminat Neelofa terhadapnya ekoran tindakannya untuk melancarkan koleksi Naelofar Hijab di sebuah kelab malam bulan lepas.

Trending Thu, 29 Nov 2018

Mana Pergi Sifat Kemanusiaan Bila Orang Utan Ini Dijadikan ‘Pelacur’

Kesiannya, sanggup pelaku haiwan ini menggunakan orang utan sebagai sumber pendapatan beliau?

Hiburan Wed, 12 Feb 2020

[VIDEO] “Kau Tiada Pengganti” – Lihat Anta Permana Versi Vokal Penuh Tok Ti!

Aura Dato’ Siti ni memang tak boleh nak cakap. Memang tiada pengganti.

error: Content is protected !!