Euforia Bola 2026
Acara By: Salma Syahbuddin August 25, 2022 @ 4:30pm

Hijrah Lisa Surihani Dipuji Ramai, Yusry Tidak Mahu Ambil Kredit – “Itu Apa Yang Dia Mahu, Bukan Saya Paksa”

Penyanyi dan pengarah terkenal, Datuk Yusry Abdul Halim sempat berkongsi mengenai penghijrahan isterinya yang juga pelakon, Datin Lisa Surihani baru-baru ini.

Menurut Yusry, penghijrahan yang dipilih Lisa ketika ini adalah kehendak dirinya sendiri.

Sebagai suami, dia tidak pernah menghalang atau memaksa isterinya itu untuk melakukan penghijrahan sebesar itu.

“Semuanya atas kehendak dia. Itu apa yang dia mahu.

“Kalau ada orang kata, dia pakai tudung sebab suami yang suruh buat apa? So, itu yang dikehendakkan. Dia buat itu dan ini (belajar agama) kerana Allah SWTjadi saya restu. Itu je,” katanya kepada XTRA.

Sementara itu, Yusry mengakui Lisa kini sudah jarang menerima tawaran berlakon juga atas kehendak dirinya sendiri.

“Bukan sahaja penghijrahan even dia sendiri rasa nak kurangkan berlakon. Itu dia punya pilihan. Bukan saya suruh tetapi dia yang rasa.

“Dan apa yang dia nak saya tidak pernah melarang lainlah kalau dia buat sesuatu yang tidak elok, itu saya larang lah… Tapi semuanya Alhamdulillah,” jelasnya.

Yusry, 49, berkata, dia juga tidak mahu mengambil sebarang kredit di atas penghijrahan isterinya.

“Ada segelintir warganet yang beranggapan penghijrahan Lisa ini adalah kerana suami, walhal saya hanya merestui apa yang dibuat oleh isteri saya.

“I dont want to take a credit for benda-benda yang orang lain buat. Macam ada orang kata bagus lah Yusry pandai jaga dan didik isteri. 

“Saya cuma merestui  dan it’s all about communications,” katanya.

 

Ketika ditanya mengenai perasaan saat Lisa mengambil keputusan untuk berubah dan memakai hijab, Yusry mengakui perkara ini bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa atau dibuat-buat dan semuanya berlaku ketika pasangan ini pulang dari mengerjakan umrah beberapa tahun lalu.

“Saya rasa perkara ini bukan boleh dipaksa-paksa atau dibuat-buat. Terus terang , ketika kami buat umrah bersama dan sebelum menunaikan umrah lagi Lisa ada tanya, dia kata ‘i rasa nak pakai tudung… what do you think?

“Tapi saya cakap, when time is right dan awak rasa nak buat, buat. Tapi jangan buat sebab orang, sebab nak dapat pujian, jangan buat sebab nak dapat attention.

“Because at the end of the day, kalau awak buat benda tu silap-silap awak boleh bukak balik so nanti dapat kejian pula. Jadi benda tu saya dah nasihatkan dan makesure it is final. So, bila balik umrah tu Lisa kata YES! It is final…So, Alhamdulillah,” ujarnya.

Yusry berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media dan Karpet Merah Tayangan Gala Premiere filem Juang yang berlangsung di Pavillion, Kuala Lumpur pada Selasa.

Untuk makluman, Yusry merupakan salah seorang dari empat pengarah yang terlibat dalam pembikinan filem Juang bersama-sama, Aziz M. Osman, Matt Lai dan Khabir Bhatia.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 11 Jun 2026

“Tak Pernah Terdetik Berkawan Dengan Cik B Sebab Harta”- Viviana Terharu Terima Hadiah Istimewa Sempena Ulang Tahun

Tindakan Cik B memberikan kejutan kepada rakan baiknya, Viviana sempena sambutan ulang tahun kelahirannya menyorot perhatian ramai.

Hiburan Sat, 18 Jun 2022

Dikhabarkan Menderita Kanser, Adibah Noor Meninggal Dunia

Salam takziah untuk keluarga Adibah Noor.

Hiburan Thu, 26 Mar 2026

Dituduh Makan Di Restoran Didakwa Tak Halal, Ernie Zakri Tenang Bidas Netizen – “Jelas Terpampang Besar Sijil”

Ernie Zakri dilihat kekal tenang apabila berdepan kritikan segelintir netizen yang mempersoalkan status halal sebuah restoran dikunjunginya

LIFESTYLE Mon, 26 Mar 2018

Song Hye Kyo Leaves Laneige for Sulwhasoo

The famous actress is no longer the brand ambassador for Laneige!

Hiburan Wed, 13 Mar 2019

Wow, Cantiknya Kekasih Rizman!

Sesuai sangat kan???

Hiburan Fri, 2 Feb 2024

Aman Aziz Akui Belum Puas ‘Berseronok’, Ibu Pernah Halang Kahwin Di Usia 24 Tahun

Nikmati dulu usia muda okay, insyaAllah ada jodoh nanti

Trending Thu, 19 Dec 2019

Rimas Anak Asyik Menangis & Merengek, Bapa Tikam Anak

Bapa Tikam Anak Berkali-Kali Di Perut & Leher

Hiburan Mon, 18 Nov 2019
Events Mon, 2 Sep 2019

Elianto Perkenal ‘Use, Share & Earn’

Ahli akan menikmati rebat minimum 10% serta faedah lain setelah menjadi ahli EMU.

error: Content is protected !!