Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 3, 2022 @ 1:36pm

Aishah Dicerai Talak Satu Menerusi WhatsApp – “Bohonglah Jika Saya Tidak Bersedih”

Kemelut rumah tangga membabitkan penyanyi lagenda, Datuk Aishah akhirnya terjawab selepas beliau mengesahkan perceraiannya dan suami pada penghujung tahun lalu.

Menurut pemilik nama Wan Aishah Wan Ariffin, 57, dia diceraikan dengan talak satu menerusi mesej di aplikasi WhatsApp yang dihantar pada 25 Disember 2021.

“Segala-galanya sudah selesai apabila saya diceraikan talak satu menerusi mesej pada 25 Disember lalu.

“Bohonglah, jika saya tidak bersedih dengan pengakhiran yang berlaku. Saya bukannya robot,” katanya.

Memetik laporan Berita Harian, pelantun lagu Janji Manismu ini menyifatkan sabar dan kuat adalah kunci utama untuk terus bergerak ke hadapan.

“Bagi saya kalau rasa sedih menangis sahaja. Tidak perlu tahan kerana saya juga manusia biasa.

“Apa yang penting perlu kembali kuat dan move on,” jelasnya.

Terdahulu, Aishah dilaporkan sudah tidak lagi tinggal sebumbung dengan bekas suaminya pada 5 November lalu selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 20 Sep 2018

“I Ate Cup Noodles for a Year…” – Nam Joo Hyuk Shares Difficult Past

It’s shocking that this prince-like man went through such hardship.

Featured Wed, 29 Jan 2020
Featured Thu, 9 May 2024
Hiburan Tue, 24 Dec 2019
Featured Thu, 29 Aug 2024

Pertama Kali Tunai Umrah Sebagai Ibu, Mira Filzah Dukung Anak Sambil Tawaf 7 Kali -“Completed Our Umrah, Alhamdulillah!”

Alhamdulillah, moga dipermudahkan dan moga kita semua juga dijemput ke sana❤️

Featured Thu, 1 Sep 2022
Featured Tue, 11 Jul 2023

Anjur Pertandingan Azan, Rosyam Nor Tawar Hadiah Lumayan Bernilai RM110,000

Terbaiklah Datuk! Jarang-jarangorang baut macam ni.

Hiburan Thu, 21 Nov 2019

Tidak Mengejar Glamor, Izara Lebih Menghargai Privasi

Memenangi tempat kedua dalam pertandingan Dewi Remaja tahun 2009/2010 telah memperkenalkan pelakon, Izara Aishah ke dunia lakonan. Aktif dalam dunia seni sejak 2011, Izara sering menjadi pilihan pengarah bagi drama-drama, telefilem dan juga filem kerana […]

error: Content is protected !!