Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 10, 2024 @ 9:22pm

Guna Emoji & Lagu Sama, Aliff Aziz Tulis ‘Quotes’ Berjanji Setia… Netizen Dakwa Tuju Pada Ruhainies?

“If my eyes are on you, don’t worry about the eyes on me,” demikian quotes ditulis oleh penyanyi dan pelakon sensasi, Aliff Aziz di Instagram Story (IGs) yang didakwa dituju kepada aktres, Ruhainies.

Aliff menulis quotes menyatakan dirinya akan setia di hantaran IGs yang memuat naik foto-foto dirinya tersenyum seperti orang yang sedang bahagia.

Menerusi komen portal hiburan, netizen mendakwa Aliff dan Ruhainies sering menggunakan emoji yang sama iaitu bintang dan hati berwarna putih di perkongsian IG mereka.

Aliff Aziz

Bukan itu sahaja, lebih menguatkan dakwaan Aliff dan Ruhainies seakan menjalinkan hubungan istimewa apabila turut menggunakan lagu Di Balik Pertanda nyanyian Kaleb J sebagai latar belakang di IGs sama.

Aliff Aziz Aliff Aziz

Malah, berdasarkan pemerhatian XTRA, quotes yang ditulis oleh Aliff itu adalah sama seperti yang dimuat naik di laman IG Ruhainies pada 16 September tahun lalu.

Aliff Aziz

Terdahulu, Aliff ditangkap berkhalwat bersama Ruhainies di kondominium mewah pada 9 Mac lalu.

Susulan itu, Aliff dan bekas isterinya, Bella Astillah sah bercerai buat kali kedua pada 13 Jun lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Artikel berkaitan: “Semoga Allah Pelihara Hatiku Untuk Tak Buka Aib Sesiapa” – Ruhainies Bimbang Amalan Jadi Sia-Sia

Artikel Berkaitan: Bella Astillah Sifatkan Tindakan Aliff Aziz Bersama Ruhainies Mahu Sebar Aib, Kutuk & Hina Sebagai Plot Twist Terbesar – “Hati Saya Hancur”

Artikel Berkaitan: “Ni Ke BF Yang Nak 1 On 1 Tu?” – Aliff Aziz ‘Repost’ IGs Ruhainies Raih Perhatian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 30 Sep 2024
Hiburan Sun, 22 Sep 2019

“Alhamdulillah Ada Yang Nak Anak Saya” – Dato’ Rosyam Nor

Tahniah Dato’ Rosyam kerana terima menantu

Hiburan Fri, 24 Apr 2026

Didie Shazry Beri Nafas Baharu Lagu Mendiang Lotter ‘Yang Berlalu Tak Berulang’

Didie Shazry tampil dengan versi baharu lagu ‘Yang Berlalu Tak Berulang’ sebagai usaha menghidupkan semula karya ikonik dalam sentuhan lebih segar.

error: Content is protected !!