Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 24, 2026 @ 4:06am

Didie Shazry Beri Nafas Baharu Lagu Mendiang Lotter ‘Yang Berlalu Tak Berulang’

Penyanyi muda berbakat, Didie Shazry tampil dengan versi baharu lagu ‘Yang Berlalu Tak Berulang’ sebagai usaha menghidupkan semula karya ikonik dalam sentuhan lebih segar.

Didie atau nama sebenarnya E.D Shazry berasal dari Sabah dan dikenali dengan vokal yang lunak. Namanya mula mendapat perhatian selepas muncul juara sebuah program realiti, selain berpeluang mempersembahkan lagu ciptaan Aina Abdul di pentas akhir. Dia juga pernah menimba ilmu di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rakaman semula lagu ini diterbitkan oleh Luncai Emas selaku pemegang hak cipta, dengan matlamat memperkenalkan semula karya klasik agar lebih dekat dengan selera pendengar masa kini. Projek ini turut mendapat restu komposer asal, Neves Pretty Ugly, sekali gus memberi ruang kepada Didie membawa interpretasi sendiri.

Menurut Neves, lagu tersebut pernah dipopularkan oleh mendiang Lotter dengan lirik hasil nukilan Allahyarham Loloq, dua figura seni yang jasanya sentiasa dikenang.

“Lagu ini sangat dekat di hati kerana ia lahir daripada dua insan seni yang cukup besar ertinya. Kehilangan mereka sukar diganti, namun saya hargai cara Didie menghidupkan semula emosi dalam karya ini.

“Melalui versi baharu ini, kenangan itu terasa segar kembali dan terus hidup. Terima kasih kerana menjaga karya ini dengan penuh rasa hormat,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Didie Shazry Tampil Dengan Single Kedua Joget Jiwa Lara!

Didie pula berkongsi bahawa lagu berkenaan sudah sebati dengan dirinya sejak kecil, apatah lagi keluarganya juga meminati karya tersebut.

“Lagu ini memang sinonim dengan mendiang Lotter yang cukup dikenali di Sabah. Saya membesar dengan karya seperti ini dan keluarga juga sangat menyukainya.

“Projek ini cukup bermakna kerana ia menghubungkan saya dengan dua idola sejak kecil iaitu Neves dan arwah Loloq. Saya harap versi ini dapat menarik minat generasi baharu, dalam masa sama menyentuh hati peminat lama serta terus menghidupkan legasi lagu ini,” ujarnya.

Sebelum ini, Didie turut terlibat dalam album kompilasi Joget Made In Malaysia terbitan Luncai Emas menerusi lagu “Joget Jiwa Lara”, bersama barisan artis lain seperti Amir Jahari, Kmy Kmo & Luca Sickta, Jaclyn Chia dan Puteri Khareeza.

Proses rakaman lagu “Yang Berlalu Tak Berulang” dijalankan di Jakarta bersama produser Joel Christine dengan susunan muzik dan melodi yang diolah semula mengikut identiti vokal Didie tanpa menghilangkan elemen asal.

Proses adunan dan mastering dikendalikan oleh Josecar Q.M Hutabarat di ICM Studio, Indonesia. Video muzik pula dirakam di Bali oleh Alfi Aditya.

Single remake ini dijangka mampu menyentuh emosi pendengar, selain menjadi penghubung kepada kenangan dan insan tersayang.

Lagu tersebut boleh ditonton di saluran YouTube Luncai Emas bermula 24 April, jam 4 petang serta tersedia di semua platform penstriman digital.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 21 Sep 2021

Bermula 1 Oktober – Melaka, Genting Highlands, Tioman Dibuka Kepada Pelancong

Bermula 1 Oktober ini, tiga lokasi pelancongan iaitu Melaka, Genting Highlands dan Pulau Tioman akan dibuka kepada pengunjung tempatan. Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Menteri […]

Trending Thu, 25 Jan 2018

110公斤胖美人渡边直美「女孩都有值得欣赏的美」

有一种自信,叫渡边直美!这位来自日本最红的女谐星,从不会受到自己的体重和外形而感到自卑,因为她知道“自信就是美丽!”

Hiburan Wed, 22 Nov 2017

Elizabeth Tan Pelajari Agama Islam!

Tidak salah untuk bukan beragama Islam mempelajari atau mendalami agama ini. Asalkan hati ikhlas untuk mempelajarinya insyallah tiada halangan

Hiburan Sat, 3 Feb 2024
Anugerah Sun, 12 Feb 2023

AJL 37: Wow! Gabungan Wany Hasrita Bersama De Fam Antara Yang Bakal Hangatkan ‘Opening’ AJL 37 Malam Ini

Opening pun dah gempak guys! Jangan lupa malam ni 9 malam di TV3 okay

Hiburan Mon, 11 Jun 2018

Sibuk Bekerja, Remy Ishak Belum Sedia Kahwin?

Tempoh ini mematangkan kami berdua. Waktu inilah kami dapat menguji diri sendiri sama ada sudah bersedia sebelum melangkah ke fasa seterusnya…Insha Allah, semuanya akan baik-baik sahaja Remy.

Hiburan Tue, 13 May 2025

[VIDEO] Dituduh Sindir Fazura, Janna Nick Tampil Bersuara – “Yang G*la Itu Saya!”

Janna Nick nafi gelar Fazura perempuan gila, minta netizen jangan membabi buta

Hiburan Tue, 24 Jun 2025
Hiburan Tue, 24 Feb 2026
error: Content is protected !!