Euforia Bola 2026
Trending By: Padin September 21, 2021 @ 5:04pm

Bermula 1 Oktober – Melaka, Genting Highlands, Tioman Dibuka Kepada Pelancong

Bermula 1 Oktober ini, tiga lokasi pelancongan iaitu Melaka, Genting Highlands dan Pulau Tioman akan dibuka kepada pengunjung tempatan.

Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Menteri Kuartet hari ini selepas melihat perkembangan positif Projek Rintis Gelembung Pelancongan di Pulau Langkawi.

Kata Nancy, keputusan itu akan dibawa ke Jawatankuasa Pengurusan Covid-19 yang akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob esok.

“Dalam tempoh dua minggu, destanasi ini akan bersiap sedia untuk beroperasi semula. Kementerian bersama Jawatankuasa Khas akan memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas esok membabitkan ujian saringan memandangkan Melaka agak besar.

“Kementerian juga akan membentangkan tambahan destinasi pelancongan lain yang bukan hanya tertumpu di pulau tetapi di tanah besar,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Pulau Langkawi menjadi destinasi pertama yang boleh dikunjungi pelancong menerusi Projek Rintis Gelembung Pelancongan bermula 16 September lalu.

Sumber & Foto: Harian Metro & Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 9 Dec 2024

Didakwa Lupa Lirik Ketika Persembahan, Joey Daud Tepis Dakwaan Mas Idayu – “Mana Ada Lupa Lirik?”

Joey Daud menepis dakwaan juri tetap bagi program hiburan Famili Duo Musim Ke-4 iaitu Mas Idayu

Featured Wed, 9 Nov 2022
Trending Thu, 24 Dec 2020
error: Content is protected !!