Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 26, 2023 @ 5:51pm

Tracie Sinidol Rasa ‘Cringe’ Tengok Muka Sendiri Di Kaca TV, Idam Berlakon Macam-Macam Watak!

Pelakon Tracie Sinidol mengakui berasa janggal apabila melihat sendiri lakonannya di kaca televisyen (TV).

Menurut Tracie, dia berasa begitu berkemungkinan disebabkan slang Sabahnya.

“Saya seorang yang tak suka tengok muka saya di TV. Saya rasa ‘cringe’ tapi saya perlu tengok untuk perbaiki lakonan saya.

“Kadang-kadang kita tak sedar apa yang salah, bila tengok semula lakonan sekurangnya saya dapat tahu apa yang perlu diubah.

“Tak tahu kenapa, sebab slang Sabah….kemudian bila dengar slang baku saya dan tengok lakonan saya, saya rasa janggal,” katanya kepada XTRA.

Tracie yang membuat penampilan sulung dalam lakonan menerusi drama Luruhnya Bunga Cinta itu memberitahu dia juga mengimpikan untuk berlakon dalam pelbagai genre lakonan.

“Saya sudah ada target untuk industri lakonan ini. Bila saya masuk dalam bidang lakonan ini, kalau sekarang sudah genre romantik.

“Mungkin pula selepas ini genre seram, aksi dan komedi.

“Saya sangat serius, sebab saya nak cuba pelbagai watak yang mampu cabar diri saya. Bila dapat sesuatu watak yang mencabar, dia paksa kita untuk keluar dari zon selesa.

“Saya suka untuk cuba sesuatu perkara baharu. Saya tak suka ambil watak yang lebih kurang dengan personaliti saya. Saya suka watak yang mencabar,” ujarnya.

Terdahulu,Tracie mengakui berasa sukar untuk berlakon apabila loghat Sabahnya dikatakan terlalu pekat namun tidak mudah mengalah demi menghiburkan penonton.

Untuk info, Tracie bergandingan dengan pelakon Redza Rosli dalam drama Slot Akasia Luruhnya Bunga Cinta, TV3 yang baru sahaja melabuhkan tirai minggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tracie Sinidol ‘Stress’ Bawa Watak Nuha Dalam Luruhnya Bunga Cinta – “Slang Sabah Saya Sangat Pekat”

ARTIKEL BERKAITAN: #SkoolXTRA Suka Subjek Muzik & Pegang Jawatan Ketua Pengawas Sekolah Tapi… Ini Momen Menarik Tracie Sinidol Ketika Di Sekolah!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 30 Apr 2025

Alya Iman Enggan Layan Kontroversi Lama, Tak Terkesan Nama Dikaitkan Dengan ‘Penyondol’

Alya Iman berserah seandainya ada pihak cuba menjejaskan reputasinya

Trending Fri, 22 May 2020
Featured Wed, 25 Jan 2023

Teruja Staff Syarikat Penerbangan Berhijab, Komen ‘Pedas’ Aliff Syukri Buat Ramai Terkejut

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri bersyukur melihat salah seorang staff AirAsia tampil mengenakan hijab. @aliffsyukriterlajaklarisYe ke awk??♬ bunyi asal – Dherbs Terlajak Laris Menerusi kemas kini terbaharu Aliff di TikTok, dia memuji kecantikan staff […]

Hiburan Sun, 11 Jan 2026

Ulasan Konsert: 3 Dekad Terus Relevan, Siti Nurhaliza Buktikan Dedikasi & Keampuhan Di Legacy 30

Di tengah dunia yang sering berubah, Siti Nurhaliza masih kekal sebagai ukuran mutu, sebagai simbol keanggunan seni & sebagai suara yang tak pernah gagal menghidupkan pentas.

Hiburan Thu, 5 Sep 2019

Noor Nabila Lebih Bahagia Selepas Bercerai?

Doakan yang baik-baik saja buat Bella…

Hiburan Fri, 19 Jul 2024
error: Content is protected !!