Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 8, 2023 @ 3:17pm

“Pagi Tadi Elok Je, Balik Sekolah Terus Tak Semenggah” – Super Cute! Ramai Terhibur Tengok Transisi Gaya Tudung Anak Lufya

Gaya tudung anak-anak ke sekolah sering menjadi topik perbualan hangat golongan ibu bapa di media sosial, apatah lagi jika pada waktu pagi keadaan tudung tersebut kelihatan kemas dan cantik, namun lain pula yang berlaku apabila anak-anak ini pulang dari sekolah.

Menerusi perkongsian pelakon dan penyanyi, Lufya Omar di Instagram, dia juga tidak terlepas dari mengalami situasi sama apabila anaknya, Lana Haura tampil dengan gaya tudung berbeza sebaik sahaja pulang dari sekolah baru-baru ini.

“Before & After. Dah agak dah balik sekolah tak ‘semenggah’. Nasib baik aurat masih terjaga. Anyway jangan tanya suara siapa “ A Few Moments Later” tu,” katanya.

Menurut Lufya, kejadian tersebut terjadi selepas Haura, 5, selesai merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama rakan-rakannya di sekolah.

Malah, dia juga yang meminta untuk mengenakan tuudng bagi sambutan perayaan tersebut.

“Masya-Allah, Dato’ Haura nak berkumpul merayakan Hari Raya Aidilfitri bersama rakan-rakannya di sekolah. Ikutkan Mum nak ikat tocang je rambut dia..But she requested to wear hijab. I’m so blessed to have you sayang. Anak yang menyenangkan dan always makes me happy. Alhamdulillah,” jelasnya.

Dalam foto tersebut, Haura kelihatan cantik memakai persalinan berwarna merah jambu dengan gaya tudung moden.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lufya Luvya (@lufyalaana)

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Lufya berkongsi turut mengalami nasib yang sama sepertinya.

Malah, ada juga yang tampil memuji kecantikan Haura yang disifatkan diwarisi dari ibunya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lufya Luvya (@lufyalaana)

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Feb 2019

‘Doakan Billy Kuat…’- Lana Nodin Sebak Jantung Anak Terhenti 10 Minit

Semoga segala urusan Lana & keluarga dipermudahkan.Insya Allah…

Featured Tue, 11 Oct 2022
Featured Sun, 10 Oct 2021

“Kalau Betul Saya Kahwin, Beritahu Isteri Saya, Tolong Balik Rumah” – Fikry Ibrahim

Pelakon kacak yang popular menerusi drama Ayahanda, Fikry Ibrahim menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dirinya telah berkahwin secara senyap-senyap. Menurut Fikry, dia lebih selesa memberi tumpuan kepada kerjaya dan keluarganya. “Kalau betul saya kahwin, […]

Hiburan Mon, 28 May 2018

Sindir Syed Saddiq, Sharifah Amani Tegur Dira Abu Zahar Tegas!

Bagi Amani, beliau sendiri tidak faham kenapa Dira cuba mencetuskan kekecohan di laman sosila tersebut.

Featured Fri, 24 Apr 2026

“Kalau Ditakdirkan Saya Kahwin Lagi, Saya Takkan Jadi Diri Saya Yang Dulu – Puteri Sarah Liyana

Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mendedahkan pengalaman kehidupan berumah tangga sebelum ini dan kemungkinan jika dia berkahwin semula pada masa hadapan kelak.

Hiburan Sun, 25 May 2025

Lebih Fasih Berbahasa Melayu Berbanding Punjabi, Shweta Sekhon Dapatkan Bantuan Nenek

Shweta Sekhon tidak berselindung apabila mengakui dirinya tidak begitu fasih berbahasa Punjabi.

Trending Wed, 23 Sep 2020
error: Content is protected !!