Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 25, 2025 @ 6:35pm

Lebih Fasih Berbahasa Melayu Berbanding Punjabi, Shweta Sekhon Dapatkan Bantuan Nenek

Pelakon baharu Shweta Sekhon tidak berselindung apabila mengakui dirinya tidak begitu fasih berbahasa ibunda, Punjabi, dan kini perlu belajar semula bersama neneknya bagi menjiwai watak dalam sebuah filem terbaharu.

Shweta, 28, yang juga Miss Universe Malaysia 2019, bakal tampil dalam filem adiwira terbaru memegang peranan sebagai Doktor Malini dan bergandingan dengan pelakon hebat seperti Nas Muammar Zar, Datuk Remy Ishak, Datuk Rosyam Nor, Anwaar Beg Moghal dan ramai lagi.

“Saya seorang Punjabi, tapi nak bertutur sepenuhnya dalam bahasa itu memang mencabar sebab saya tak begitu mahir. Saya boleh cakap tapi kurang fasih. Jadi, saya minta bantuan nenek untuk belajar semula di rumah,” jelas Shweta.

Katanya lagi, walaupun berbangsa Punjabi, bahasa Melayu lebih dekat dengan dirinya berbanding bahasa ibunda.

“Terus terang, saya lebih selesa dan fasih bercakap dalam Bahasa Melayu. Saya sekolah di sekolah kebangsaan dan kawan-kawan rapat saya juga ramai orang Melayu.

“Sekarang saya cuba kembali biasakan diri dengan bahasa Punjabi melalui tontonan drama, selain berborak dengan nenek sambil buat kerja-kerja di rumah,” tambahnya.

Shweta berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Keluang Man yang diadakan di GSC Cinemas, IOI City Mall, Putrajaya.

Selain belajar dengan nenek, Shweta turut menerima bimbingan daripada rakan pelakon, Anwaar Beg Moghal yang memainkan watak Inspektor Sahab dalam filem tersebut.

“Anwaar pun banyak bantu saya asah semula bahasa Punjabi sebab dia lebih fasih. Kami banyak babak bersama, jadi bantuan dia memang sangat saya hargai,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 25 Feb 2020
Featured Fri, 7 Nov 2025

“Ernie Zakri Tidak Bossy, Tidak Diva & Hormat Orang”- Allan Anderson

Kata Allan, Ernie bukan sahaja berbakat tetapi sepanjang bekerjasama tetapi…

Hiburan Tue, 30 Apr 2024

Jenama Aiskrim Terkenal Nafi Ambil Ruhainies Sebagai Duta

Alamak! Pantas betul jenama aiskrim tu keluar statement ya

Hiburan Sun, 8 Feb 2026

Pergi Di Usia 47… Along Eyzendy Meninggal Dunia Selepas 3 Hari Bertarung Nyawa Di ICU

Along Eyzendy disahkan meninggal dunia pada 12:16 pagi tadi

Hiburan Wed, 9 Jul 2025
Hiburan Tue, 25 Apr 2023

Kembali Free Hair? Intan Sarafina Tayang Rambut Di Instagram

Lama tak dengar khabar Intan Sarafina.

error: Content is protected !!