Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 9, 2025 @ 12:31pm

Iqie Insomniacks Jelas Status Sebenar Dengan Angel – “Semua Teman Saya Istimewa”

Vokalis Insomniacks, Iqie menafikan dirinya menjalinkan hubungan dengan salah seorang anggota kumpulan Dolla, iaitu Angel.

Ketika ditemui XTRA, Iqie atau nama lengkapnya, Syed Mir Iqbal, 28, menjelaskan dia dan Dolla sudah berkawan rapat sejak dari zaman belajar.

“Saya dan Angel memang berkawan sejak daripada zaman kolej dan sampai sekarang kami masih berkwan rapat.

“Saya berharap dia datang ke konsert kami nanti,” katanya meleraikan spekulasi ketika ditemui di sesi latihan eksklusif konsert solo pertama Insomniacks di ibu kota pada Selasa.

Pelantun lagu popular Reminisensi itu turut mengakui tidak terlalu memikirkan soal cinta, sebaliknya memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya.

“Semua hubungan dengan kawan-kawan saya adalah istimewa, bercinta itu tdak betul. Saya tiada masa nak cari ‘awek’, sangat sibuk,” katanya.

Dalam pada itu, salah seorang anggota Insomniacks iaitu Iskandar turut mengesahkan hubungan Iqie dan Angel sekadar teman biasa.

“Hubungan merea sekadar kawan biasa saja. Saya sebagai kawan boleh sahkan,” katanya.

Terdahulu, kemesraan antara Iqie dan Angel hangat menjadi perbualan ramai dalam kalangan peminat mereka selepas dilihat saling membalas komen di media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 30 Oct 2023
Hiburan Sat, 17 Nov 2018

Shalma Eliana Tiada Niat Tumpang Populariti Kakak

Baru berusia 18 tahun, Shalma Eliana bertuah kerana mendapat peluang menyanyikan lagu ciptaan Malique & Dedeq. Good Luck Yana!

Hiburan Sun, 3 Feb 2019

Wany Hasrita Jangka Ara Johari Menang Besar Di AJL 33

Selain Ara, saya rasa Kak Misha juga ada potensi untuk menang lagu terbaik.

Hiburan Wed, 21 Sep 2022
Hiburan Wed, 3 Oct 2018

Whoah! Akhirnya Janna Nick Buka Mulut Tentang Ucapan Berbayar

Dah lama saya impi untuk memulakan projek ini di mana wang kutipan disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Terbaiklah Janna, semoga Allah SWT permudahkan segala usaha kamu dik!

Trending Thu, 17 Aug 2023

Masih Berahsia, Neelofa Tampil Perjelas Wajah Bayi Di Cermin Bukan Abdullah Abbas

Alamak salah faham rupanya! Tak sabar kan nak tengok wajah Abbas

Hiburan Tue, 30 Apr 2019
error: Content is protected !!