Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari March 16, 2024 @ 7:53am

“Banyak Tanya, Banyak Pengalaman… Yang Berlagak Akan Ketinggalan” – Raja Azura Nasihat Pelakon Baharu ‘Kekwat’

Pelakon Raja Azura mendedahkan bahawa terdapat segelintir pelakon baharu yang merasakan diri mereka sudah hebat sehingga tidak menghormati pelakon senior.

Namun begitu, Raja Azura bersyukur dia tidak pernah berdepan dengan pelakon bersikap sedemikian di set penggambaran.

Malah, dia turut berkata pelakon yang ‘kekwat’ tidak akan melangkah jauh dan bertahan lama dalam industri seni.

“Maksud saya kadang-kadang yang rasa macam diri tu dah bagus bila dekat set. Ada juga yang tak menghormati orang lama.

“Tapi, kebanyakannya saya tengok sepanjang saya ada dekat set so far tak ada yang berlaku pada diri saya.

“Sebab tu saya kata, andai kata pelakon tu macam ‘kekwat’, berlagak macam tu lantak dia lah saya buat tak tahu je sebab dia lah yang rugi betul tak?

“Dalam hidup ni kalau kita nak bekerja, kita kena banyak bertanya. Banyak bertanya banyaklah pengalaman yang dapat.

“Kalau you rasa tak nak bertanya, rasa dah bagus sampai situ je lah bakat you. Tak dapat pergi mana-mana lah, jauhlah akan ketinggalan,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon drama Iskandar Cempaka ini berkongsi pengalamannya ketika berlakon bersama pelakon senior lain untuk belajar memperbaiki lakonannya.

“Macam saya dulu, saya berlakon berdepan dengan diva-diva sangat popular macam Fauziah Ahmad Daud, Aida Rahim, Norlida, Kuniey, saya banyak bertanya Allahyarham Azean Irdawati.

“Setiap kali berlakon saya tak nak lepas peluang. Bila mereka berlakon saya akan pergi lihat di monitor. Monitor tu sebagai rujukan saya,” kongsinya lagi.

Susulan itu, Raja Azura sempat menitipkan pesanan buat pelakon baharu untuk memerhati cara lakonan pelakon senior sekaligus dapat belajar teknik yang betul.

“Hari ini kalau kita tengok, pelakon ramai je yang berlakon babak dia je, dia tak ada pun pergi tengok pelakon lama dekat monitor.

“Saya selalu pesan pada mereka (pelakon baharu) kalau tak ada babak, pergi dekat monitor tengok orang-orang lama berlakon.

“Ada pelakon-pelakon yang ‘kekwat’ jugak bila ‘wide shot’ dia buat lain, bila ‘close-up’ dia akan buat lain. Itu memang kurang ajar,” katanya.

Raja Azura ditemui XTRA ketika sidang media drama Malang Si Puteri yang berlangsung secara atas talian pada Khamis.

Selain Raja Azura, drama tersebut turut dibintangi oleh Fasha Sandha, Wan Raja, Hafreez Adam dan Malek McCrone.

Artikel Berkaitan: “Saya Bukan Jenis Bina ‘Chemistry’ Nak Kena Lepak Atau Kenal Hati Budi Di Luar Set” – Wan Raja

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 7 Jun 2020
Trending Wed, 15 Aug 2018

5句电影台词让你学会放下!

有时伤心难过的情绪,往往源自于懊恼、后悔,但既然这些事情都已经过去了,不论有可能会造成什么后果也只能靠未来挽救,如今再为过去掉眼泪,岂不是太浪费时间力气?

Trending Fri, 23 Oct 2020

ABPBH33 Dah Makin Dekat, Jom Semak Cara Undi Artis Kegemaran Anda

Korang rasa siapa yang bakal jadi wajah baru ABPBH?

Hiburan Wed, 8 May 2019

Akim Turun 11 KG Demi ‘Marabahaya Underground’

Akim yang akan membawakan watak Fison Hamdi!

Hiburan Mon, 1 Oct 2018

Cantik Sangat Ke Daiyan Trisha Sampai Buat Netizen Nangis?

Cantikkknya, sampai tak bekelip mata okay!

Selebriti Wed, 21 Feb 2024

Puteri Sarah Fail Dua Tuntutan, Dakwa Pegawai Pemasaran Pecah Amanah Sebanyak RM26,000

Sekarang sudah ada dua LOD, satu menbabitkan isu fitnah dan kedua pecah amanah – Puteri Sarah

error: Content is protected !!