Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari December 15, 2023 @ 6:19pm

Marissa Yasmin Tegas Pertahan Keputusan Tuntutan Harta Sepencarian Terhadap Bekas Suami – “Ia Bagaikan Permainan Psikologi”

Walaupun hampir lapan tahun turun naik mahkamah ekoran tuntutan harta sepencarian, pelakon Marissa Yasmin akui tak akan berputus asa untuk menuntut haknya terhadap bekas suami, Muhzir Mohd Zainuddin.

Artikel Berkaitan: “Tiba-Tiba Nak Buat Rayuan” – Menang Kes Harta Sepencarian, Marissa Yasmin Kecewa Bekas Suami Ubah Keputusan Asal

Memetik laporan mStar, Marissa tegas pendiriannya untuk mempertahankan keputusan hakim yang telah dibuat pada 2020 walaupun bekas suami membuat rayuan.

“Selepas cerai pada tahun 2016 saya berdepan kes ini selama empat tahun. Jadi, tiada istilah putus asa untuk saya pertahankan penghakiman yang telah dibuat sebelum ini.

“Saya pun harap kes ini akan selesai secepat mungkin tetapi tidak mengapa, kita lalui sahaja. Mungkin saya beri tempoh setahun lagi,” ujarnya.

Pada Khamis lalu, Marissa hadir ke Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor untuk meneliti dokumen rayuan yang dibuat oleh bekas suaminya.

Malah, mahkamah juga telah menetapkan bahawa Marissa mendapat rumah, pembahagian harta (kereta) dan hutang bekas suami kepada perlu dibayar semula pada tahun 2020.

Namun begitu, kes ini belum selesai sehingga kini apabila Muhzir tidak bersetuju dengan keputusan tersebut dan membuat rayuan kepada mahkamah untuk mengurangkan jumlah yang perlu dibayar.

Kata Marissa, bekas suaminya itu sengaja untuk melambatkan kes ini selain memberinya tekanan.

“Dia tangguhkan kes ini dan ia makan masa serta wang ringgit. Ia bagaikan satu permainan psikologi dan mungkin dia mahu beri tekanan mental sehingga saya tarik kes.

“Kalau betul dah move on dengan hati bersih, segerakanlah kes ini. Pada hari ini pun (Khamis), pihaknya masih memasukkan hujah yang agak bercanggah dengan penghakiman tahun 2020.

“Pihak saya akan terus lalui kes ini, mahkamah minta kami serahkan dokumen baharu dan pihaknya pula perlu membalas dalam tempoh dua minggu selepas itu,” kongsinya.

Bukan itu sahaja, Marissa turut berasa hairan apabila bekas suaminya tidak hadir ke mahkamah dan mendapat pengecualian.

“Memang dia boleh dapat pengecualian tetapi kalau kes ini melibatkan kami berdua, dia kena dengar sendiri perbicaraan mahkamah, saya harap dapat tengok muka dia nanti.

“Kami pun tidak pernah berhubung. Hanya berhubung melalui peguam dan di mahkamah sahaja,” kata Marissa lagi.

Sehubungan itu, mahkamah telah menetapkan tarikh perbicaraan semula kes terbabit pada 31 Januari 2024.

Untuk makluman, Marissa berkahwin dengan Muhzir pada tahun 2010 namun bercerai pada Januari 2016.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 9 Aug 2018

‘Pulang’ Berjaya Menyentuh Emosi Emma

Pertemuan penuh emosi antara Othman dan anaknya, Omar menjadi antara babak kemuncak dalam filem yang membabitkan kos kira-kira RM6 juta ini

Hiburan Wed, 19 Mar 2025
Featured Tue, 19 Dec 2023
Hiburan Mon, 26 Sep 2022
Hiburan Mon, 29 Jan 2018

大马环球音乐歌手与歌神张学友「相认」

阔別6年,万众瞩目的「歌神」张学友《A CLASSIC TOUR 学友•经典世界巡回演唱会》终于来到了吉隆坡站。与歌神同门的大马环球音乐旗下艺人歌手Eunice何沛璇、Alvin钟槿桦以及林文荪也纷纷籍此难得的机会到场师兄“相认”。

Featured Fri, 3 Apr 2026

“Buat Masa Sekarang Belum Masanya Lagi, Harap Bersabarlah” – Fattah Amin Tampil Respons Dakwaan Amira Othman Berbadan Dua

Pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman memohon orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat mereka berdua berhubung spekulasi kononnya mereka sedang menantikan kehadiran cahaya mata.

Events Mon, 17 Mar 2025

Selesa Jalani Kehidupan Sebagai Ibu Tunggal, Adira Suhaimi Nafi Bakal Rujuk Dengan Datuk Red – “Ada Jodoh Adalah, Tak Ada Pun Tak Apa”

Adira Suhaimi menolak dakwaan kononnya dia bakal rujuk semula dengan bekas suaminya, Datuk Red selepas Aidilfitri ini.

Trending Tue, 7 May 2019

辣妈边生孩子边化妆!阵痛时就由丈夫代劳

在车上化妆已经不算什么!一名来自纽约的化妆师为了保持完美形象,在等待生产时竟然边忍着阵痛边化妆。

error: Content is protected !!