Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 17, 2021 @ 6:10pm

Rugi Ratusan Ribu, Fizie Tak Menyerah Kalah

Pengacara Didik TV, Fizie, 33, mendedahkan dirinya mengalami kerugian ratusan ribu ringgit apabila dua perniagaan yang dijalankan terpaksa dihentikan akibat pandemik.

Biarpun pahit untuk menerima kenyataan, bekas penyampai radio Hot FM ini terpaksa membuat keputusan terbabit kerana tidak dapat menjana pendapatan.

“Dua perniagaan saya yang terjejas adalah bisnes pengurusan acara dan pembinaan. Walaupun ada antaranya sudah berjalan selama 14 tahun, saya terpaksa buat keputusan untuk menghentikannya kerana pandemik.

“Bila wabak ini berlaku, tiada projek yang masuk dan staf seramai 40 orang juga terjejas dan terpaksa diberhentikan. Namun saya percaya setiap apa yang terjadi, semua ada hikmah. Saya enggan menyerah kalah dan terus memandang ke hadapan,” kata Fizie.

Fizie ditemui di program Terima Kasih Cikgu anjuran Didik TV di Sunway, Selangor pada Khamis.

Tambah Fizie atau nama sebenarnya, Mohamad Hafizie Roslan, dia kini sedang dalam perancangan untuk membuka bisnes baharu.

“Asam garam terlibat dengan bisnes. Mesti ada turun naik. Saya tak mahu duduk diam sahaja dan masih mahu mencuba. Alhamdulillah, perniagaan cat kenderaan yang saya usahakan di Puchong masih berjalan.

“Kini, saya dalam perancangan untuk membuka kedai yang menyediakan perkhidmatan membasuh motosikal di Meru, Klang. Selain itu, saya juga aktif sebagai pengacara di Didik TV yang bersiaran di NTV7.

“Selepas tamat perkhidmatan dengan Hot FM, rezeki saya dalam dunia seni masih ada dengan Didik TV dan saya juga banyak belajar dengan cikgu yang menjadi jemputan dalam setiap program.

“Insya-Allah, jika ada peluang, saya mahu kembali menjadi penyampai radio tahun hadapan. Rasa rindu itu sangat menebal kerana radio adalah cinta pertama saya,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 9 Jan 2024
Featured Tue, 28 Sep 2021
Featured Thu, 23 Mar 2023
Hiburan Fri, 6 Jun 2025

Siasatan Kes Amang S*ksual Artis Popular Sudah Lengkap

Kertas siasatan telah diserahkan pada penabat peguam negara untuk keputusan lanjut.

Hiburan Wed, 8 Oct 2025

Alha Alfa Minta Jangan Bandingkan Greta Thunberg & Aktivis Malaysia – “Yang Cakap Lebih-Lebih Tu Jom Join Next Wave!”

Jelasnya, sebagai rakyat Malaysia yang hanya mampu menyokong dan mendoakana dari jauh sebaiknya kita tidak terus membuat kesimpulan dengan tindakan mereka.

Featured Mon, 3 Apr 2023

Rita Nadira Menangis, Akui Watak Salina Dalam Saat Hilang Cintamu Kejam!

Memang menyirap eh tengok Salina dalam cerita nih!😡🔥💥

Featured Sat, 17 Jan 2026

Foto Kahwin Curi Perhatian, Kasih Iris Leona Perjelas Situasi Sebenar – “Jangan Cakap Suami, Boyfriend Pun Tak Ada Untuk Saya Update”

Kalau saya nak kahwin, saya punya cincin 10 kilometer boleh nampak batunya. – Kasih Iris Leona

error: Content is protected !!