Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 9, 2025 @ 2:10pm

[VIDEO] Noraniza Idris Tepis Tuduhan Tiru Produk Aliff Syukri

Penyanyi dan usahawan, Noraniza Idris tampil menepis dakwaan segelintir netizen yang menuduhnya meniru produk usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri.

Menerusi video siaran langsung tular di platform TikTok, Noraniza ketika itu sedang memperkenalkan Kotak Warisan Che Ani Premium namun segelintir individu mendakwa selebriti itu mengeluarkan produk beg tangan sama seperti Aliff.

“Datuk Aliff Syukri jual beg, Che Ani nak jual beg juga ke? Sibuk je,” tulis individu tersebut.

Tidak berdiam diri, Noraniza lantang bersuara mempertahankan produknya daripada tuduhan tidak berasas.

“Awak ni Melayu ke apa? Tak reti nak sokong produk tempatan. Kalau tengok betul-betul, itu kotak la… bukan beg. Mata kau rabun ke?,” katanya tegas.

Menurut pelantun lagu Hati Kama ini, kotak berkenaan dihasilkan sebagai usaha menambah baik pembungkusan produk muruku keluarannya agar lebih tahan lasak dan selamat sampai ke tangan pembeli.

“Saya buat kotak ni sebab nak hargai pelanggan. Ramai yang sebelum ini mengadu pek mudah kempis dan rosak. Jadi kami hasilkan kotak khas sebagai penyelesaian,” jelasnya.

Tambah Noraniza lagi, perubahan ini juga selari dengan permintaan pelanggan yang mahu produk Che Ani Premium tampil lebih eksklusif dan tahan lama.

“Setiap sen yang dibelanjakan pembeli adalah satu penghargaan. Jadi tak salah kalau kita naik taraf pembungkusan demi keselesaan dan kepuasan mereka,” ujarnya lagi.

@cheanipremium

Che ani buat kotak Warisan untuk 6pacs combo muruku dia la dek non.. bukan tiru usahawan terunggul aliff syukri nohh.. #foryoupage #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ #cheanipremium #trending #noranizaidris #fyp

♬ Suspense – ArcticFoxMusic

Kredit foto: Malaysia Gazette

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 17 May 2018

Rompak Perabot Mewah, Abang Terlajak Laris Rugi 40k Lagi?

Perasaan kecewa menyelubungi Dato Aliff Syukri dan isteri, kerana apa yang mereka inginkan hanyalah mahu membantu mereka yang betul-betul memerlukan supaya tidak dihimpit dengan kesempitan hidup

Featured Sun, 18 Dec 2022
Featured Tue, 10 May 2022

Degupan Jantung Anak Dalam Kandungan Terhenti Seminggu Sebelum Raya, Elvina Mohamad Keguguran 

Anak syurga.. Elvina lakukan prosedur membersihkan rahim hari ini

Events Sat, 31 May 2025

Nidji Kembali Ke Malaysia Dalam Misi Bersama Ejen Ali The Movie 2

Peminat berpeluang bertemu dengan ahli kumpulan Nidji sambil menyaksikan tayangan filem EATM2

Trending Wed, 22 Jul 2020
Hiburan Thu, 2 May 2019

‘You Senang Jadi Artis, Ada ‘Kabel’ Besar’- Arena Iman Nafi Guna Status Bapa Lonjak Nama!

Ayah tak pernah ajar guna status sebagai anak komposer untuk jadi ‘tiket’ mudah masuk dalam bidang seni…

error: Content is protected !!