Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi December 5, 2022 @ 12:51pm

[VIDEO] Individu Nak ‘Lock’ Aeril Zafrel, Reaksi Wawa Zainal Mencuit Hati – “Sanggup Kehilangan Beg Mewah, Jangan Macam-Macam”

Pasangan pelakon sejoli, Aeril Zafrel dan isterinya, Wawa Zainal tidak dinafikan sentiasa menjadi tumpuan netizen di media sosial.

Terbaharu, berdasarkan sebuah video siaran langsung di TikTok, Wawa dilihat sedang membalas komen individu yang mahu ‘lock’ suami tercintanya itu.

“Lock Aeril, woi nah jangan kau minta macam-macam bah. Dia ni satu-satunya sejak ada di dunia, kau mahu lock lagi. Eii jangan bah.

“Sanggup aku kehilangan barang berharga contoh handbeg ke, janganlah kehilangan si Aeril, gitu..,” katanya dalam loghat Sabah sambil memandang wajah suaminya.

Artikel Berkaitan: “Saya Ada Hak Untuk Memilih” – Sakan Main TikTok, Ramai Peminat Tanya Aeril Zafrel Dah Tukar Karier Ke?

Artikel Berkaitan: “Bukan Berubah, Tapi Dia Tak Perasan…” – Isu Nampak Aurat Wawa Zainal, Ini Respons Aeril Zafrel

Menjengah ke ruang komen, ramai teruja melihat reaksi Aeril seakan tersipu malu dan hanya mampu ketawa setelah Wawa berkata sedemikian.

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen yang berang terhadap individu berkenaan yang sewenang-wenangnya mahu ‘lock’ suami orang lain.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut meraih sebanyak 588,000 tontonan, 26,000 ribu tanda suka dan lebih 200 komen.

Sekadar info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2013 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 9, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, Ayya Soffya, dua tahun dan  Muhammad Fahri, setahun.

Kredit foto: Utusan Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 10 Dec 2025

“Tak Pernah Lupa Menyapa” – Caliph Buskers Puji Sikap Rendah Diri Mimi Fly

Caliph Buskers berkata Mimi tidak pernah melepaskan peluang untuk menyapa setiap kali bertembung

Trending Wed, 24 Jan 2018

Bagaimana Hadapi Mereka Yang Mahu Bunuh Diri

Kematian vokalis Linkin Park, Chester Bennington menggemparkan seluruh dunia kerana pemergiannya yang tiba-tiba serta keputusannya mengambil nyawa sendiri. Chester yang dipercayai menghidap kemurungan dikatakan telah meninggalkan klu mengenai penderitaannya dalam lagu, namun tiada siapa yang […]

Featured Thu, 4 Nov 2021
Trending Fri, 25 Oct 2019
Hiburan Wed, 13 Dec 2017

方逸华追思会 郑裕玲曾志伟等人现身

邵逸夫遗孀邵方逸华(六婶)上月22日病逝,享年83岁,其家人已于上月底为她举行过葬礼,昨天再在邵氏影城举行一场为时7小时的追思会。

Hiburan Thu, 11 Sep 2025
Hiburan Tue, 13 Nov 2018

Banyak Cabaran Untuk Saya Ke Tahap Ini – Joe Flizzow

Tahniah Joe Flizzow selepas dinobat sebagai Penghibur Terbaik Asia Tenggara di Anugerah Muzik Eropah MTV 2018 (MTV EMA 2018).

error: Content is protected !!