Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Featured By: Salma Syahbuddin October 27, 2022 @ 3:55pm

“Bukan Berubah, Tapi Dia Tak Perasan…” – Isu Nampak Aurat Wawa Zainal, Ini Respons Aeril Zafrel

Selepas susur masa media sosial dikecohkan dengan sebuah video yang memperlihatkan pelakon dan usahawan, Wawa Zainal menari sehingga menampakkan auratnya dibahagian leher dan hujung telinga, pelbagai respons negatif diterima.

Sedar dengan kritikan warganet, Wawa tampil menjelaskan keadaan sebenar dan sedia menerima teguran yang diberikan.

Menurutnya, apa yang berlaku sememangnya tidak dirancang dan dia sendiri tidak perasaan yang pada ketika itu auratnya terdedah.

“Video tersebut adalah video malas-malas sahaja. Saya dengan Aeril main arah sahaja. sebab sekarang ni semuanya kita serahkan pada pekerja kita.

“Insya Allah kita perbaiki diri dari semasa ke semasa,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

 

Dalam pada itu, suaminya yang juga pelakon popular, Aeril Zafrel tampil mempertahankan isterinya dan menepis dakwaan kononnya Wawa kini sudah berubah.

Aeril berkata, ketika sedang menari, Wawa tidak perasan yang pakaiannya itu sudah menampakkan bahagian telinganya.

“Dia tak perasan waktu menari itu ada nampak telinga. Itu sahaja, dia bukan berubah tapi tidak perasan,” jelasnya.

Terdahulu, Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, 31, menerima kecaman warganet selepas penampilannya menerusi video yang dimuat naik di Instagram menampakkan bahagian leher dan hujung telinganya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

 

 

Sumber: Mstar, Beautifulnara

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 21 Aug 2021
Hiburan Mon, 6 Aug 2018
Featured Sat, 11 Jan 2025

“Industri Akan Rosak, Jika Anak Seni Tak Siapkan Diri Dengan Ilmu” – Nasir Bilal Khan

“Tapi kalau tiada ilmu, akan jadi masalah. Jadi kena cari ilmu yang betul -Nasir Bilal Khan

Trending Sat, 17 Nov 2018

Pemancing Teruja Dapat Ikan, Tapi Rupanya…

Tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan operasi bertindak mengeluarkan mangsa di dasar sedalam satu meter dengan menggunakan tali.

Hiburan Fri, 24 Apr 2026

Didie Shazry Beri Nafas Baharu Lagu Mendiang Lotter ‘Yang Berlalu Tak Berulang’

Didie Shazry tampil dengan versi baharu lagu ‘Yang Berlalu Tak Berulang’ sebagai usaha menghidupkan semula karya ikonik dalam sentuhan lebih segar.

Featured Sun, 18 Jun 2023
Featured Fri, 2 Jun 2023
error: Content is protected !!