Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain February 3, 2023 @ 2:42pm

Buka Pusat Penginapan Di Langkawi, Black Hanifah Buat Peminat Teruja – “Nak Try Merasa First Villa Glow In The Dark”

Penyanyi Black Hanifah bakal membuka sebuah pusat penginapan di Langkawi yang dikenali sebagai Rindu D’Villa.

Berita gembira tersebut telah dikongsikan oleh penyanyi itu sendiri menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Black telah mula mendedahkan perkara itu sejak Disember lalu dengan menunjukkan setiap perkembangan villa tersebut dibina.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanifah Black (@black.hanifah)

Malah, pelantun lagu Teman Pengganti itu juga mendedahkan villa yang dinamakan persis nama puteri kesayangannya, Rindu Dayyana itu dibina dengan berkonsepkan Bali.

“Nak pergi Bali tak lepas-lepas lagi… @rindudvilla ni pon dah mcm Bali dah kira ok la tu.. Rindu D’Villa, Cow Hill, Kedawang, Langkawi,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanifah Black (@black.hanifah)

Dalam perkonsian terbaharu, Black juga turut berkongsi persiapan terakhir sekitar pusat penginapannya itu sebelum dibuka kepada umum.

“Final preparation for you guys,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanifah Black (@black.hanifah)

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa teruja  untuk menginap di pusat penginapan tersebut selepas dirasmikan nanti.

“Boleh try menginap nanti. Tak jauh dari rumah pun ni. Nak try merasa first villa glow in the dark dalam Langkawi & Asia.

“Cowhill for life!

“Mantap ah design.. Ni kalau dinding naik lumut jangan dibersihkan. Natural alami gitu, baru gerek.

“Hebat.. Kelmarin kita nampak dok tanam pokok bunga.. Jadi orang kampung kita dah gaya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 6 Sep 2025
Trending Tue, 15 Mar 2022

Amaris Mahu Bantu 100 Artis Veteran, Penuhkan 1,000 Peti Ais Sempena Ramadan

Pelakon Putra Amaris menyasarkan untuk memberi bantuan kepada 2,000 orang golongan asnaf dan memerlukan, termasuklah 100 artis veteran pada bulan Ramadan ini. Bekerjasama dengan Pertubuhan Dapur Pasak Kuala Lumpur (Dapur Pasar), program Infaq Ramadan #SamaSamaKenyang […]

Hiburan Mon, 18 Dec 2017

5 THINGS TO KNOW OF PRINCE HARRY AND MEGHAN MARKLE’S ENGAGEMENT

Congratulations to the lovely royal couple.

Featured Thu, 12 Jan 2023
Trending Fri, 13 Nov 2020
Trending Tue, 24 Jul 2018
error: Content is protected !!