Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 6, 2025 @ 5:00pm

Anak Mimpi Syurga Sebelum Ardell Aryana Berangkat Ke Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF)

‘Allah kata lepasni Umi akan mimpi indah pula’.

Demikian perkongsian pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana, menerusi hantaran pada sepotong video pendek yang dikongsikan di platform TikTok.

Kata Ardell atau nama lengkapnya,  Nurul Hidayah Mohd Amin, 35, anak sulungnya, Arwan Malaikha Urwa, 5, memaklumkan, dia telah bermimpi syurga sebelum ibunya itu berangkat ke misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

Menurut Ardell, anaknya itu sempat memberitahu keadaan mimpinya dimana dia diminta untuk mendengar kata dan menyayangi ibunya.

“Dia cakap Allah ada pesan jangan lawan cakap Umi, kena sayang Umi lepastu saya tanya Allah cakap apa lagi? Dia cakap kena dengar cakap dan sayang Umi. And then, saya cakap ‘bestnya Urwa dapat mimpi syurga, Umi tak pernah dapat’. Kemudian dia beritahu lagi, ‘Allah kata lepasni Umi akan mimpi indah pula’,” katanya.

Mendengar perkongsian anak kecilnya itu bercerita dan memberikan sokongan,  Ardell mengakui, ia adalah salah satu semangat yang dibawanya sehingga kini dalam misi kemanusiaan menuju bumi Palestin.

“Ya Allah masa tu saya rasa macam sebaknya. Budak lima tahun boleh cakap macam tu.  Sampaikan saya rasa mimpi tu bestnya. Alhamdulillah, Allah SWT bagi dia mimpi macam tu.

“Sebabtu, masa hari yang saya pergi tu dia okay dan saya bersemangat ni sebab dia cakap dengan saya ‘Pergilah tolong, kawan-kawan say adekat sana. Kesian mereka lapar.. Jangan takut tau, Allah ada’.

“Malam tu saya spent time dengan dia. Dia cakap dekat saya dia buat kapal pakai kotak, straw dan getah. Then, dia bagitahu saya, apa-apa jadi Umi jangan takut masa tu saya rasa sebenarnya anak saya sangat sokong saya. Jadi, saya akan kuatkan semangat untuk dia,”jelasnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 17 Jul 2023

Dikutuk Gara-Gara Perut Buncit, Ini Respons Padu Emma Maembong

Haih, bukan emma baru lepas bersalin ke?

Hiburan Thu, 4 Oct 2018
Hiburan Tue, 6 Aug 2019
Hiburan Sun, 7 Apr 2019

Anugerah DFKL 2019 Malam Ini, Siapa Pilihan Korang?

Malam Anugerah DFKL 2019 bersiaran langsung pada 7 April (malam ini) dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Rancangan ini juga boleh ditonton secara langsung menerusi portal video www.tonton.com.my.

Featured Wed, 15 Apr 2026

“Kalau Nak Anak Kena Cari Suami Baru Dulu, Yang TTC Tu Terima Kasih Kerana Masih Bertahan” – Aprena Manrose

Isu zuriat, Aprena Manrose mengakui dia kini stabil dan berasa lebih bersyukur.

Hiburan Mon, 27 Aug 2018

Selena Gomez Patah Hati Lagi…

Laporan mengenai Bieber mendapatkan banglo mewah berkenaan telah sampai ke pengetahuan bekas kekasihnya, Selena Gomez. Alahai Si Bieber ni pun…

Featured Tue, 14 May 2024

“Setiap Orang Ada Cara Masing-Masing”- Gara-Gara Gerakan #Blockout2024, Daiyan Trisha Dedah Bukti… Derma RM100,000 Buat P*lestin

Betul setiap orang ada cara masing-masing. Siapa yang tuduh tu bial nampak Daiyan derma macam ni mesti ‘makan dalam’ kan? Fikri positif saja🤧

error: Content is protected !!