Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida April 7, 2019 @ 2:00am

Anugerah DFKL 2019 Malam Ini, Siapa Pilihan Korang?

Malam ini bakal berlangsung Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 yang bakal menyaksikan pencalonan bagi pelbagai kategori. 

Bertemakan ‘Positif Selalu’, DFKL kali ini telah memasuki tahun ke-6 penganjurannya yang mana mengekalkan objektif utama untuk mencungkil bakat-bakat baharu dan memberi peluang kepada anak-anak muda menimba ilmu bersama panel berpengalaman dalam industri drama.

Siapa agaknya yang bakal membawa pulang trofi Drama Pilihan, Aktor Pilihan, Aktres Pilihan, Antagonis Pilihan, Pengarah Pilihan, Penulis Skrip Pilihan, Lagu Pilihan, Pasangan Pilihan, Drama Pilihan, dan Drama Rantaian Bahasa Cina.

Antara Drama yang tercalon adalah Jangan Benci Cintaku, Kekasih Paksa Rela, Seribu Rindu, Isteriku ‘Mem’ Besar, Cik Sempurna, Papa Nak Menantu, Raisha 2, Cinta Hati Batu, Terbaik Dariku, Semerah Cinta Humairah, Nur, Andainya Takdir 2, Cinta Koko Coklat dan Dian.

Pilihan XTRA;

Aktres Pilihan yang tercalon Zahirah Macwilson, Intan Najuwa, Amyra Rosli, Amyza Aznan, Emma Maembong, Zara Zya, Janna Nick, Aishah Azman, Diana Dianella, Elizad, Dayang Areeda, Azira Shafinaz, Jaja Ilyiex, dan Amyza Aznan.

Pilihan XTRA; 

Pasangan pilihan dalam drama yang tercalon Saharul Ridzwan & Zahirah Macwilson, Remy Ishak & Intan Najuwa, Arash Mohd & Amyza Aznan, Azrel Ismail & Emma Maembong, Zoey Rahman & Dayang Areeda,Hafidz Roshdi & Jaja Iliyes, Ashraf Muslim & Aishah Azman, Syazuwan Hassan & Zara Zya,Fahrin Ahmad & Janna Nick, Syafiq Kyle & Amyra Rosli, Shukri Yahaya & Nina Iskandar, dan Aqasha & Zahirah Macwilson.

Pilihan XTRA; 

Sementara itu, siri Jelajah DFKL 2019 yang berlangsung bulan lalu turut membariskan pengarah dan penerbit terkenal selaku juri serta ahli panel sesi uji bakat dan sesi kongsi seperti Heykal Hanifah, Datuk A Aida, Along Kamaludin dan Erma Fatima manakala Ashraf Muslim dan Fasha Sandha sebagai ahli panel dan juri jemputan.

Malam Anugerah DFKL 2019 bersiaran langsung pada 7 April (malam ini) dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Rancangan ini juga boleh ditonton secara langsung menerusi portal video www.tonton.com.my. Nak tengok siapa menang, jangan lupa tonton okay! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 20 Jun 2024

“Tiada Yang Berubah Cuma Dia Bukan Milikku”- Nedim Nazri

Doakan yang baik-baik moga kuat jodoh kedua-duanya❤️

Featured Wed, 30 Apr 2025
Hiburan Mon, 24 Dec 2018

Lazarul Tersingkir, Empat Protege Mara Ke Pentas Akhir Mentor 7

Empat protege program realiti popular ini iaitu Pasya, Ranisha, Zaaim dan Azmirul bakal berentap di pentas akhir.

Hiburan Wed, 18 Mar 2026

Dipuji Merendah Diri, Syatilla Melvin Kongsi Momen Balik Kampung Naik Kereta Api – “Parit Buntaq Aku Datang!”

yatilla mendedahkan ini merupakan pengalaman pertama buat dirinya dan keluarga

Hiburan Sat, 28 Mar 2026

Sweet! Syed Saddiq Kongsi Video Melamar Bella Astillah Di Gunung Kinabalu

Ahli parlimen Muar, YB Syed Saddiq akhirnya berkongsi dirinya bakal melangsungkan pertunangan bersama pelakon dan penyanyi, Bella Astillah. Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Saddiq atau nama lengkapnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 33, memuat […]

Hiburan Wed, 19 Apr 2023

Ziha Salleh Bawakan Dua Genre Dalam Cinta Malam Purnama

Tahniah Ziha dia atas single baharu!

error: Content is protected !!