Euforia Bola 2026
Hiburan By: Izzi Farhana April 19, 2023 @ 1:50pm

Ziha Salleh Bawakan Dua Genre Dalam Cinta Malam Purnama

Setelah bertapak sejak tahun 2014 sehingga kini, Ziha Salleh kembali dengan single terbaharu yuang berjudul Cinta Malam Purnama.

Cinta Malam Purnama membawakan gabungan genre tradisional dan pop yang mengisahkan tentang pasangan baharu yang hanyat bercinta.

Menurut pemenang Lagu Pop Etnik Terbaik Aunugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) itu, dengan membawakan dua genre dalam satu lagu ini memberikan kelainaan kepada dirinya dan juga para pendengar.

“Genre yang saya bawakan kali ini sangat berbeza kerana saya sememangnya dikenali oleh peminat saya sebagai penyanyi yang membawakan lagu-lagu tradisional. Ini merupakan kali pertama saya membawakan lagu yang menggabungkan dua genre iaitu tradisional dan pop. Menarik juga walaupun ini merupakan eksperimentasi saya yang pertama.

Tambahan pula lagu ini juga mempunyai elemen muzik seram sesuai dengan drama yang ditayangkan ini. Saya berharap semua pendengar dapat menerima segala hasil karya saya dan terima kasih juga buat keluarga tercinta kerana memberikan saya semangat dan dorongan untuk terus berkarya dalam industri seni ini.” Jelas Ziha.

Cinta Malam Purnama merupakan hasil nukilan daripada komposer dan penulis lirik yang berpengalaman iaitu Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves.

Naskah ini juga turut dijadikan runut bunyi untuk sebuah drama di Tonton yang berjudul Penggali Kubur Sleepwalker.

Penggali Kubur Sleepwalker merupakan drama 10 episod bergenre seram, komedi dan cinta yang dilakonkan oleh Izzue Islam dan Riena Diana.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Mar 2024
Trending Wed, 9 Aug 2023

Serah Soal Anak Pada Rezeki… Dini, Janna Bakal  Pindah Ke Rumah Baru

‘Alhamdullah, everything is great’ – Dini.. Yishh, Syoknya dah kahwin 🥰🥰

Trending Wed, 23 May 2018

Jamal Yunos Arrested Once More

It seems like he is showing some antics again

Hiburan Sun, 30 Jul 2023

Ramai Dakwa Fizi Ali Fitnah Shakilla Khoriri Isu Ganggu & Mandrem Suami Orang, Ini Respons Tuan Badan – “Aku Tak Masuk Campur!”

Alamak, kesian Fizi tak pasal-pasal nama dipetik penyebar emel fitnah Shakilla Khoriri pula hmm

Trending Tue, 3 Nov 2020
Hiburan Mon, 23 Mar 2026
Hiburan Thu, 8 Jun 2023
Kisah Viral Sat, 22 Feb 2025
error: Content is protected !!