Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 6, 2019 @ 1:56pm

Sebelum Kahwin, Baim Wong Mengaku Ada Lebih 100 Bekas Teman Wanita?

Pelakon Indonesia, Baim Wong mengaku sebelum berkahwin, dia pernah mempunyai lebih 100 teman wanita.

Hal ini diakui sendiri oleh Baim ketika ditemubual dalam rancangan ‘Okay Bos’ yang dihoskan oleh Raffi Ahmad.

“ Sekarang saya tanya, berapa ramai jumlah bekas kekasih Baim Wong,” soal Raffi.

Pada awalnya, pengacara program itu meneka bahawa Baim hanya mempunyai 17 sehingga 24 bekas kekasih sahaja.

Namun selepas Raffi menyebut, lebih dari 100, Baim dengan tenang menjawab ‘Betul’ sambil ketawa.

Difahamkan, Baim yang sebelum ini dikenali sebagai jomblo paling popular di Indonesia pernah menjalin hubungan sejak di bangku sekolah lagi.

Usik Raffi lagi, Baim juga pernah menjalin hubungan dengan seorang model bernama Nayla Alatas ketika di bangku sekolah.

Namun begitu, semua itu sudah berlalu dan Baim mengaku amat bahagia dengan isteri tercinta, Paula Verhoeven.

Pasangan selebriti ini berkahwin pada 22 November 2018 di The Tribata, Jakarta.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 15 Jul 2019
Hiburan Wed, 16 Aug 2023
Kisah Viral Wed, 28 Feb 2024
Featured Thu, 14 May 2026

Radja Akhirnya Bersuara, Terkejut Peminat Dakwa Kecewa Dengan Konsert RadjaWali – “Kami Tahu Kejadian Itu Selepas Pulang Ke Jakarta”

Radja akhirnya tampil bersuara berhubung isu kontroversi membabitkan konsert RadjaWali Live in Malaysia yang berlangsung pada 10 Januari lalu.

Hiburan Mon, 1 Oct 2018

Luar Biasa…Kutipan Munafik 2 Berjaya Cecah RM 1 Juta Di Indonesia!

Atas sambutan yang luar biasa, Penerbit Skop Production Sdn Bhd, Datuk Yusof Haslam memaklumkan jumlah panggung juga ditambah atas permintaan pemilik pawagam.

Hiburan Fri, 19 Jul 2019

Takziah! Bapa Mertua Achey Meninggal Dunia

Assalamulaikum, bapa mertua saya iaitu ayah kepada @anne_achey telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi pada jam 11.20 malam tadi

Featured Tue, 11 Nov 2025
error: Content is protected !!