Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 October 9, 2019 @ 11:54am

Zynakal Keluar Wad, Sudah Pulih Sepenuhnya?

Terdahulu, penyanyi Zynakal di denda RM2800 oleh Mahkamah Majistret Ampang dan di masukkan ke wad psikiatrik Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan bagi penyakit bipolar mania yang dihidapinya kerana telah mencekik seorang pekerja stesen minyak dan menghalang polis daripada melakukan tugas. 

Baca: Cekik Pekerja Stesen Minyak, Zynakal Kena Denda RM2,800

Walaupun demikian, Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli nampaknya sudah beransur pulih dan berita baik ini dikongsikan oleh penyanyi, Sufian Suhaimi apabila dia memuatnaik gambar Zynakal, Caprice dan dirinya menerusi satu entri instagram. baru-baru ini melalui perkongsian penyanyi Sufian Suhaimi di instagram.

 
 
 
View this post on Instagram

Brother is back. Love you through all ups and downs. Always. @zynakal

A post shared by Sufian Suhaimi ?? (@sufiansuhaimi_) on

“Brother is back. Sayang kau walau senang atau susah. Always,” tulis Sufian. 

Penyanyi Di Matamu ini sememangnya rapat dengan Zynakal dan merupakan antara mereka yang terkesan dengan kontroversi yang melanda penyanyi yang popular dengan lagu Terbang itu kerana menurutnya Zynakal bukanlah seorang yang agresif. 

Zynakal yang disahkan menghidapi satu penyakit gangguan mental yang dipanggil bipolar mania dan antara simptom-simptom penyakit itu ialah perwatakan yang berubah-ubah, cepat marah, boleh menjadi agresif secara tiba-tiba, terlebih aktif, mengalami imsomnia dan sukar untuk tidur.

Menjengah ke ruangan komen, apabila ditanya netizen tentang kondisi Zynakal, Sufian menjelaskan bahawa rakannya itu berada dalam keadaan baik dan meminta orang ramai untuk turut sama mendoakan perkara yang baik-baik sahaja.

Zynakal juga kelihatan lebih berisi daripada sebelumnya dan itu juga mendapat perhatian netizen yang membuat komen, “Nampak berisi sikit dia.”

“Berisi banyak,” balas Suhaimi.

Semoga dengan kehadiran teman-teman yang bersikap positif di sekelilingnya, Zynakal mampu menghadapi hari-hari yang mendatang dengan tenang dan mampu mempercepatkan proses pemulihan penyanyi berusia 21 tahun ini. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 12 Jan 2026

Balas Komen Netizen Isu ‘Malu’ Ada Kawan Tak Pandai Bergaya, Fazura Tampil Respons – “Saya Tak Segan, Tapi Ada Syarat”

Fazura menegaskan, dia sama sekali tidak berasa segan untuk berkawan atau membantu rakannya yang kurang mahir mengenai penampilan diri.

Hiburan Wed, 30 Oct 2024
Hiburan Fri, 20 Sep 2019
Hiburan Wed, 5 Mar 2025

[VIDEO] Ridzuan Ridzokumura Akhirnya Buka Mulut, Kongsi Detik Pilu Allahyarham Akiko Terj*tuh Dari Tingkat 4

Ridzuan Ridzokumura tak pasti bagaimana Allahyarham Akiko boleh terjatuh

Featured Thu, 27 Apr 2023

Aiman Tino Sah Bergelar Suami, Cinta Berputik Selepas 4 Tahun Berkawan

Alhamdulilah, semoga berbahagia hingga ke Jannah 💗

Featured Sat, 9 Sep 2023
Hiburan Sat, 30 Jun 2018

Pelakon Popular Ini Bakal Dapat Anak Kembar Di Usia 44!

Tahniah! Akhirnya penantian pelakon popular ini bakal berakhir. Khabarnya kembar lagi. Auwww, mesti comel kan?

error: Content is protected !!