Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 5, 2025 @ 11:56am

[VIDEO] Ridzuan Ridzokumura Akhirnya Buka Mulut, Kongsi Detik Pilu Allahyarham Akiko Terj*tuh Dari Tingkat 4

Pempengaruh dan usahawan, Ridzuan Ridzokumura, akhirnya mendedahkan punca pemergian isterinya, Allahyarham Akiko Okumura.

Dalam satu siaran langsung yang tular di TikTok, Ridzuan berkongsi bahawa isterinya telah terjatuh dari tingkat empat kediaman mereka.

Arwah ditemui dalam keadaan meniarap di atas tanah sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Dia jatuh atas tanah, bukan batu. Dari tingkat empat. Saya nampak ada kesan lekuk di tanah, saya cuba kejutkan dia, panggil namanya, tetapi dia langsung tidak memberi sebarang respons.

“Saya terus meminta pengawal keselamatan menghubungi polis dan ambulans. Saya tak berani sentuh atau mengubah posisi tubuhnya kerana risau sekiranya dia masih bernyawa, pergerakan itu mungkin memburukkan keadaannya.

“Ambulans tiba terlebih dahulu dan doktor mengesahkan isteri saya sudah tiada. Hanya Tuhan yang tahu betapa hancurnya hati saya ketika itu,” katanya dengan nada sebak.

Menurut Ridzuan, dia sendiri tidak pasti bagaimana kejadian itu berlaku kerana ketika itu dia sedang tidur.

“Sebelum Ramadan, isteri saya rajin mengemas rumah. Saya tak tahu bagaimana dia boleh terjatuh, mungkin ketika sedang mengemas… saya pula sudah tidur masa itu,” tambahnya.

@adawiahabrahman773

Ramai sangat yang buat andaian bukan², Ni Abang Ridzokumura dah jelaskan apa yang berlaku….marilah kita sama2 jaga lisan kita dibulan yg suci ni,Lebih baik kita sama2 beri kekuatan sokongan untuk abang ridz dan sky…bukan mudah menerima pemergian org tersayang….secara mengejut, Sebelum kita menaip sesuatu yg buruk tentang orang lain,Lihat diri kita dulu, sempurna sangat kah kita sampai sanggup MENGURIS hati orang lain,Untuk akiko@Aishah Abdullah kita sama2 sedekah kan Al-Fatihah semoga rohnya ditempatkan dikalangan para syuhada#fyppppppp #tranding #ridzokumura #akiko #alfatihah #updateterkini #fyppppppp

♬ Very Sad – Enchan

Pada hari Jumaat yang lalu, Ridzuan berkongsi berita duka mengenai pemergian isterinya tersayang.

Jenazah Allahyarham Akiko Okumura telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, Selangor, pada pagi Sabtu.

Pemergian mengejut Akiko meninggalkan kesan mendalam, terutama kepada suami serta anak lelaki mereka, Sky Taizo Okumura, yang kini berusia 13 tahun.

Ridzuan dan Akiko, pasangan yang telah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2009, kini menghadapi Ramadan yang berbeza tanpa kehadiran dan kasih sayang insan tersayang.

Artikel Berkaitan: Ketua Polis Selangor Sahkan Wanita Warga Jepun Ma*t Terjatuh Dari Kondominium Adalah Isteri Ridzokumura

Artikel Berkaitan: Ridzuan Ridzokumura Kenang Allahyarham Akiko Sebagai Isteri Penyayang – “16 Tahun Tanpa Kawan, Dia Korbankan Segalanya Demi Saya…”

Artikel Berkaitan: “Akiko Telah Pergi Meninggalkan Saya & Anak Selamanya” – Isteri Ridzuan Ridzokumura Meninggal Dunia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 24 Jun 2022

“Takkan Lupa Asal Usul” – Wings Bakal Adakan Konsert Tour Untuk Marhaen?

Wah! Mesti ramai sayap-sayap Wings yang tak sabar nak pergi konsert kan 😍

Hiburan Mon, 22 Sep 2025
Drama Tue, 23 Jun 2026

Bergandingan Dengan Imranul Effendy, Ariana Yusof Diuji Cinta Dan Harta Dalam ‘Salju & 7 Buaya’

Gandingan Ariana Yusof dan Imranul Effendy menjadi taruhan utama dalam drama mikro terbaharu, Salju & 7 Buaya yang bakal menemui penonton mulai 24 Jun ini menerusi TikTok Drama Sangat dan Tonton.

Events Wed, 27 Apr 2022

“Sembunyi Bukti & Berbohong Kepada Pihak Polis” – 6 Rakan Didakwa, Punca Kematian Tangmo Nida Akhirnya Terjawab!

Spekulasi mengenai kematian aktres popular Thailand, Tangmo Patcharaveerapong akhirnya menemui jawapan. Memetik laporan Thaiger, setelah siasatan dijalankan selama berbulan-bulan akhirnya lima suspek yang juga rakan mendiang didakwa dengan pelbagai kesalahan termasuklah berbohong kepada pihak polis […]

Trending Sun, 28 Aug 2022

“Ini Antara Pengubat Duka” – Noh Salleh Tersentuh Bila…

Selepas mengejutkan warganet mengenai kontroversi perceraian dengan bekas isteri, Mizz Nina, awal bulan ini, Noh Salleh tampil membuat persembahan Konsert 3 Generasi di Zepp KL, malam tadi. Menghiburkan kira-kira 3000 peminat yang hadir, Noh menzahirkan […]

Trending Mon, 13 Aug 2018

Lelaki Berhabis RM 45 Ribu Untuk Wajah Mirip Hael Husaini?

Cuba anda tengok, sama kan? Namun ada yang menulis di Twitter, Hael Husaini lebih kacak & original. Pendapat anda pula bagaimana?

error: Content is protected !!