Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 13, 2024 @ 4:08pm

Shuk Sahar Akhirnya ‘Buka Mulut’, Minta Orang Ramai Guna Akal Sebelum Buat Tuduhan – “Seumur Hidup Aku Tak Pernah Cerita Buruk Pasal Orang”

Pelawak Shuk Sahar akhirnya tampil memberikan respons susulan kenyataan isterinya, Fara Salleh yang dikatakan menuduhnya sebagai panas baran, mengongkong dan lebih menyebelahi rakannya.

Enggan terus menerus dilabel sebagai lelaki bermasalah, Shuk memkalumkan, seumur hidupnya dia tidak pernah bbercerita buruk tentang orang lain.

Malah, dia berharap agar orang ramai tidak mudah menjatuhkan hukum dan menilai terlebih dahulu dengan akal fikiran setiap perkara yang berlaku.

“Seumur hidup aku tak pernah bercerita buruk tentang orang.

“Harap orang boleh guna akal fikiran untuk menilai, ” katanya.

Perkara itu dikongsi Shuk menerusi hantaran di ruangan Instagram Stories miliknya.

Terdahulu, Fara menerusi aplikasi Threads meluahkan rasa kesalnya mendirikan rumah tangga dengan suaminya itu apabila menyifatkan dia seolah-olah hidup seperti orang ‘single’ selama setahun.

“Menyesal kahwin is so real! Hampir setahun saya rasa macam ‘single’. Tak dapat kebebasan langsung. Semua perkara kena kawal, rimas.

“Saya buat semua benda seorang diri, kerja lelaki pun saya buat. Jadi untuk apa kahwin? Saya kerja dulu gaji cukup bayar rumah, kereta, kucing, membeli belah tak ada ‘pokai’ hujung bulan.

“Bila ada lelaki, eh pokai. Nak makan sedap, nak shopping… Baju lusuh je,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Kaki Kongkong & Sebar Aib Isteri, Rakan Shuk Sahar Tampil Backup – “Paling Tersakiti! Burukkan Nama Suami Memang Nombor Satu”

ARTIKEL BERKAITAN:Tiada Jalan Penyelesaian… Mengaku Menyesal Kahwin! Fara Salleh Minta Cerai Dengan Shuk Sahar – “Penat Kena Kongkong, Buat Semua Kerja Lelaki… Rimas!”

ARTIKEL BERKAITAN:Kecewa Suami Lebih Pertahankan Rakan, Fara Salleh Cabar Shuk Sahar Lafaz Cerai? – “Kawan Dia Nganjing Aku Tapi Dia Halau Aku…”

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Fri, 3 Apr 2020
Hiburan Thu, 18 Jan 2024
Hiburan Tue, 23 Jul 2019
Trending Mon, 18 Apr 2022

“Selepas Rawatan Ke-4, Kulit Muka Seperti Bersisik…” – Wanita Mengadu Sakit Selepas Jalani Rawatan Drip Pemutih Kulit

Kerana ingin cantik, kesan buruk masa jangka panjang menggunakan drip pemutih kulit.

Featured Mon, 3 Mar 2025

“Lepas Bangun Tidur, Dia Akan Cari Mak Dia”- Ridzokumura Kongsi Perkembangan Anak Selepas Pemergian Isteri

Namun, ada ketikanya Sky juga akan tercari-cari arwah ibunya terutama sekali jika dia bangun dari tidur.

Hiburan Fri, 28 Feb 2025
Trending Mon, 23 Jan 2023
Hiburan Tue, 14 Nov 2023
error: Content is protected !!