Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain April 25, 2024 @ 4:57pm

Digelar Pelac*r & Berang Anak-Anak Terkena Tempias Kontroversi… Farra Inalis Beri Pengajaran Pada Remaja Perempuan Mulut Puaka

Isteri kepada penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Caprice, Farra Inalis tampil meluahkan rasa berangnya apabila seorang remaja perempuan secara tiba-tiba mengecam anak-anaknya.

Terdahulu, Caprice dan Farra ada berkongsi di Instagram Story (Igs) mereka tindakan seorang pengguna akaun @diaryofmysara yang menyamakan wajah anak mereka seperti b*bi.

Kurang senang dengan tindakan tersebut, Farra telah meminta orang ramai yang mengenali individu berkenaan untuk berkongsi maklumat tentangnya untuk diberi pengajaran.

“Satu benda je aku nak pesan. Kau nak maki laki aku, sila. Kau nak maki aku, sila. Tapi kau jangan libatkan anak aku. Jangan sentuh pasal nama anak aku sebab dia tak ada salah apa-apa pun.

“Aku bukan nak pergi pukul kau sampai kau mampus. Tapi aku nak pergi bagi kau pengajaran, Aku nak jumpa dengan mak bapa kau, Jadi, tolonglah sesiapa yang kenal perempuan ni, tolong aku.

“DM aku, aku nak jumpa perempuan ni. Aku nak tahu apa masalah dia. Aku nak tahu kenapa dia maki anak aku,” katanya.

Tidak lama kemudian, Farra tampil memuat naik sebuah hantaran di IGs dan menyatakan dia pun sudah berhubung dengan remaja terbabit yang difahamkan sudah berjanji untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.

Namun, Farra berasa ragu kerana remaja yang kononnya tidak tahu bahawa dia adalah isteri Caprice sebenarnya telahpun menghantar mesej berbaur hinaan menerusi mesej langsung (DM).

Menerusi tangkap layar yang dikongsi oleh Farra, remaja terbabit turut menggelar dirinya sebagai pelacur.

“Alkisahnya macam ni, aku baru lepas cakap dengan perempuan ni dan dia kata nak buat public apology. Tapi dia cuba putar belit lagi. Dia cakap dia tak kenal aku.

“Tapi dia DM aku semalam. Bila ada orang DM dia bagitahu saya cari dia, dia kata tak kenal. Jadi, tak tahu nak percaya ke tak,” jelasnya.

Enggan merumitkan keadaan, isteri kepada aktivis itu telah mengemukan bukti permohonan maaf remaja terbabit.

Farra bagaimana pun menganggap tindakan remaja itu tidak matang kerana melibatkan anak-anaknya yang tidak bersalah.

“Disebabkan dia dah minta maaf. Aku pun tak nak panjangkan cerita. Dia pun budak lagi belum matang lagi, bercakap ikut emosi, bodoh dia tu. Takpa aku maafkan.

“Aku nak settlekan kes ni aku taknak layan benda bodoh ni. Aku tak pernah react apa-apa komen sebelum ni tapi sebabkan ini melibatkan anak aku, aku takboleh,” ujarnya.

Sebelum ini, Caprice telah terpalit dengan kontroversi di antara pelakon Aliff Aziz, Bella Astillah, Ruhainies dan Sarah Yasmine selepas didakwa menjadi dalang ke atas semua kemelut yang berlaku.

Caprice bagaimanapun mengakui serik dan enggan masuk campur perihal rumah tangga serta kontroversi yang berlaku di antara mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Sarah Yasmine Dedah Caprice ‘Dalang’, Siap Susun ‘Plan’ Untuk Aliff Aziz & Ruhainies – “Semua Benda Datang Dari Dia”

ARTIKEL BERKAITAN: Simpan Lebih 400 Bukti Kecurangan, Caprice Serik Masuk Campur Kontroversi Bella Astillah, Aliff Aziz, Ruhainies & Sarah Yasmine – “I Can No Longer Help”

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Mar 2024
Featured Mon, 22 Jul 2024
Trending Sun, 15 Nov 2020
Hiburan Fri, 4 Mar 2022
Hiburan Fri, 1 Sep 2023
Featured Fri, 26 Aug 2022

[VIDEO] “Hari Tu Beriya Komen Puteri Balqis…” – Netizen Dakwa Perubahan Mia Sara Sebab Karma?

Uish, Mia Sara pernah komen apa tu dekat Puteri Balqis sampai netizen kata karma? 🤯🥵

Hiburan Sun, 15 Feb 2026

Nyanyi Lagu Ciptaan Komposer Indonesia, Iman Darwisy Curah Perasaan Dalam Single ‘Kehilangan’

Iman Darwisy melancarkan ‘Kehilangan’, sebuah lagu balada yang mengangkat tema kasih sayang dan kerinduan terhadap insan tersayang.

error: Content is protected !!