Euforia Bola 2026
Trending By: Padin November 15, 2020 @ 7:07pm

“Biarlah Orang Kutuk Pun..” – Fesyen ABPBH 33 Dikritik, Bapa Sissy Imann Buka Mulut

Fesyen penyanyi Sissy Imann di malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH ke-33 (ABPBH 33) mendapat kritikan ramai. 

Tampil sebagai pengacara untuk segmen karpet merah serta ‘backstage’ ABPBH 33 Jumaat lalu, penampilan Sissy dikatakan meniru penyanyi antarabangsa Rihanna, malah ada netizen nakal mengusik penampilan Sissy seperti cadar katil. 

Tampil menjernihkan keadaan, bapa Sissy, Mohammad Kamil Moustaffa memberikan kenyataan menerusi salah sebuah posting di laman Instagram miliknya.

“Akulah penyebabnya..”

Menurut Kamil, dia berbangga kerana anaknya telah melakukan yang terbaik.

“Ayah mana tak nak anak-anaknya jadi  yang terbaik. Penampilan anak aku dikecam hebat di ABPBH33. Akulah penyebabnya tapi aku tetap bangga dia dah lakukan yang terbaik malam tu.

“Biarlah orang kutuk pun, aku akur, aku sedar diri, aku bukan siapa-siapa. Aku seorang bapa yang hanya melakukan tanggungjawab supaya anak aku meraih kejayaan, untuk itu aku tetap akan lakukan sehabis baik mungkin selagi aku diperlukan dan selagi kudrat aku masih ada,” tulisnya.

Sissy tak dapat tajaan!

Tambahnya lagi, Sissy juga tidak mendapat sebarang tajaan serta batu perhiasan di busana Sissy pada malam terbabit dijahit oleh Kamil sendiri.

“Tak ada hamba Allah yang nak sponsor yang benar-benar approach pun, baik busana mahu pun kelengkapan dirinya untuk berada di pentas kecil mahu pun di tempat gah.. Aku bukan jenis yang meminta-minta.

“Dari awalnya, aku sendirilah yang berusaha bersengkang mata untuk jahitkan batu perhiasan di baju.

“Entah berapa ribu kalilah jari ni tertusuk dek jarum. Mata ni bukanlah terang sangat pun.

“Melecur juga kena gam panas merekakan subangnya. Dandankan rambut, sarungkan baju betulkan segalanyalah.

“Terbakar dan melecur tangan dek terkena panas curler dan iron bila mendandan rambutnya,” tulisnya lagi.

Bapa selalu mahu berada bersama Sissy.

Dalam pada itu, Kamil mengakui segala yang dia usahakan adalah untuk anak kesayangannya.

“Aku ni bukanlah profesional pun yang tahu segalanya tapi aku tetap melakukannya demi dia, anak aku sehabis baik mungkin.

“Setiap kali dia beraksi aku akan sentiasa mahu berada sama untuk memastikan dia nampak elok di mata aku.

“Sekurangnya dia berada dalam keadaan sopan dan tertib, sampai kekadang aku lupa aku ni bertongkat ke sana ke mari.

“Aku bangga ngan anak aku seorang ni, setiap kali selesai, dia akan sentiasa tanya, “Ayahanda, kakak okay ke?”

“Itu sudah puas bagi aku yang dia menunjukkan aprisiasinya. Aku bentuk dia smpai ke hari ini, sikit demi sikit smpailah dia jadi siapa diri dia sekarang ini.

“Tanpa mengharapkan belas ihsan sesiapa. Baik buruk aku telan sebab dia darah daging aku.

“Orang boleh mengecam tapi jerih perih aku, hanya Allah sahaja yang tahu. Jutaan terima kasih aku nak ucapkan pada yang penyokong tegar anak aku ni, teruslah menyokong ya tanpa berbelah bagi.

“Terima kasih juga pada yang menghentam, menghina dan mencerca kerana kekalkan kami untuk sentiasa merendah diri dan menyedarkan kami untuk sentiasa berdiri dibumi nyata. Wallahualam,” tulis Kamil lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 10 Jul 2020
Hiburan Wed, 15 Nov 2023
Hiburan Sun, 5 Apr 2026

Ustaz Komen Status Anak Hasil Hubungan Terlarang Dalam ‘Khianat Yang Terpilih’, Netizen Persoal ‘Bin’ Siapa?

Isu ‘bin’ anak jadi panas dalam Khianat Yang Terpilih, ramai mula persoal hukum sebenar… Ini jawapan Ustaz!

Hiburan Thu, 27 Feb 2025

Fazura Dedah Sarimah Ibrahim Antara Rakan Selebriti Terawal Ambil Berat – “Selalu Kirim Surah & Beri Dorongan…”

Fazura bersyukur Sarimah Ibrahim sering bagi kata-kata semangat dan kirim surah

#tilljannah Fri, 2 May 2025

“Bila Wanita Mengamuk Fahami, Jangan Lawan”- Rita Rudaini

Aktres itu seakan meluahkan perasaannya mengenai apa yang dialami seorang wanita.

Trending Mon, 23 Apr 2018

澳妈特制「小熊维尼餐」让偏食儿乖乖吃饭

来自澳洲墨尔本的Laleh Mohmedi是两个孩子的妈妈,为了让挑食的孩子能获得均衡的营养,运用巧手制作各种孩子喜欢的卡通和电影人物。

error: Content is protected !!