Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 18, 2024 @ 3:24pm

Berhabis Sehingga RM300 Sebulan Jaga Penampilan… Pempengaruh Amalina Jasmin Pernah Jadi Bahan Ejekan Kerana Wajah Breakout, Jadi Mangsa Body Shaming

Pempengaruh media sosial, Nur Amalina Jasmin, berkongsi pengalaman cabaran yang dihadapinya sepanjang membina nama di platform media sosial.

Amalina mula dikenali pada tahun 2021 apabila video dirinya menggayakan pakaian daripada sebuah jenama fesyen menjadi viral di TikTok.

Walaupun memiliki tubuh plus size, Amalina menjadikan kecaman yang diterima sebagai motivasi untuk terus memberi inspirasi kepada wanita lain.

“Saya mempromosikan pelbagai jenama dalam bidang fesyen dan kecantikan. Ketika video pertama saya tular, ramai yang mengecam dan mengatakan saya terlalu yakin walaupun berbadan besar. Pada awalnya, memang terasa sedih, tetapi saya jadikan kritikan itu sebagai semangat untuk membuktikan kemampuan diri,” katanya.

Amalina turut mengakui bahawa berada dalam bidang fesyen dan kecantikan bukan mudah. Salah satu cabaran besar yang dihadapinya adalah ketika berdepan masalah jerawat serius yang menyebabkan kulit wajahnya mengalami breakout.

“Masalah kulit ini memang membuatkan saya stres. Bila breakout, saya tak boleh memakai solekan dan hilang keyakinan untuk bertemu orang. Namun, saya faham keperluan kulit saya. Saya menggunakan produk sesuai untuk setiap masalah kulit yang timbul. Jika muka saya kurang baik, saya fokus kepada kandungan video fesyen dahulu sebelum kembali ke kandungan kecantikan,” jelasnya.

Amalina juga tidak kisah berbelanja lebih untuk menjaga penampilan, menghabiskan antara RM200 hingga RM300 setiap bulan untuk produk penjagaan kulit.

“Bagi saya, setiap orang perlu menjaga penampilan diri. Bukan hanya pempengaruh seperti saya, semua orang boleh tampil cantik jika berusaha,” tambahnya lagi.
Selain itu, Amalina menghargai sokongan keluarganya yang banyak membantunya berjaya hingga ke hari ini.

“Keluarga saya sangat memahami. Dengan pendapatan saya sebagai pempengaruh, saya dapat membantu ayah saya yang sakit. Dia memerlukan rawatan berterusan di hospital setiap minggu, dan pekerjaan ini memberi saya kelonggaran masa untuk menguruskan keperluan keluarga,” katanya.

Produk The Pastels Shop dan Sokongan Komuniti

Amalina turut berkongsi tentang pengalamannya menggunakan produk jenama tempatan, The Pastels Shop, yang diketengahkan dalam acara Pastels Community Get-Together di Cyberjaya baru-baru ini.

“Saya amat menyukai Invisible Sunscreen dan Bakuchiol Solution. Kedua-duanya sesuai untuk semua lapisan umur, mesra wuduk, dan telah diluluskan oleh KKM. Saya juga kagum dengan Bakuchiol Solution yang menjadi alternatif kepada retinol untuk kulit sensitif,” katanya.

Sementara itu, pengasas The Pastels Shop, Sarini Zainal, menjelaskan acara tersebut diadakan untuk meraikan kejayaan jenama itu yang terus berkembang pesat.

“Invisible Sunscreen, dengan formulasi berasaskan air dan mesra wuduk, telah menjadi viral di TikTok dengan lebih 250,000 unit terjual. Ini membuktikan pemahaman kami terhadap keperluan kulit pengguna di Malaysia, yang sering memerlukan produk disesuaikan dengan iklim tempatan,” ujar Sarini.

Sebagai graduan kejuruteraan kimia dan biologi dari Korea University, Sarini bertekad untuk memperkasakan pengguna melalui pendidikan dan ketelusan dalam penjagaan kulit.

“Kami ingin membina kepercayaan dengan memberi maklumat terperinci tentang setiap produk, termasuk bahan dan formulasi yang digunakan. Ini penting untuk memastikan keselamatan dan kualiti,” tambahnya.

Sarini juga berkongsi perancangan jenama itu untuk memperluaskan aktiviti Pastels Community, termasuk percubaan produk baharu, lawatan kilang, serta melibatkan ahli komuniti dalam kempen produk. Melalui usaha ini, The Pastels Shop berharap dapat terus memimpin industri penjagaan kulit tempatan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 9 Feb 2018

10张错觉照片挑战你的视觉神经

「视觉错觉」是指视觉欺骗我们的大脑,感知到的物体的尺寸和颜色不同于真实的物体的情况。在网路中,有许许多多这样的例子,现在我们列出一些图片,你会看到不同的东西,一起来挑战你的大脑,去发现被欺骗的那些现象吧!

Featured Thu, 2 Jan 2025
Hiburan Wed, 20 May 2026

Didakwa Jadi Mangsa Fitnah Hingga Rezeki & Kerja Terjejas, Trisha Ooi Mohon Doa Kuatkan Hati

Trisha meluahkan perasaan apabila perkara yang tidak benar didakwa mula memberi kesan terhadap rezeki serta kerjayanya.

Trending Mon, 2 Aug 2021

“Kita Tengok Berapa Duit Yang Dia Ada” – Suami Lana Nodin Arahkan Peguam Hantar Surat Tuntutan Kepada Michael Ang

Suami kepada pelakon Lana Nodin, David Mckienzie sudah mengarahkan pihak peguam untuk menghantar surat tuntutan kepada pengarah Michael Ang. Surat tuntutan terbabit dihantar atas dakwaan pengarah itu mengeluarkan kenyataan salah terhadap isterinya. Memetik laporan Harian […]

Featured Mon, 12 Jan 2026

Balas Komen Netizen Isu ‘Malu’ Ada Kawan Tak Pandai Bergaya, Fazura Tampil Respons – “Saya Tak Segan, Tapi Ada Syarat”

Fazura menegaskan, dia sama sekali tidak berasa segan untuk berkawan atau membantu rakannya yang kurang mahir mengenai penampilan diri.

Hiburan Mon, 29 Jan 2024

Dedah Nama Penuh Musa, Warganet Kritik Tindakan Noh Salleh

Harapnya konflik ini dapat diselesaikan dengan segera.

Featured Fri, 24 Oct 2025
Trending Sun, 6 Jan 2019

Anak Menteri Antara Dua Ditahan Di Pusat Hiburan Kerana Positif Dadah

Lelaki berusia 31 tahun itu ditahan bersama seorang lagi lelaki berusia 33 tahun apabila didapati positif dadah jenis ganja.

error: Content is protected !!