Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 28, 2025 @ 1:17pm

[VIDEO] Konflik Antara Ellie Suriaty & Imran Bard, Kak KM Beri Teguran – “Mata Tak Boleh Tipu, Minta Maaf Biarlah Ikhlas”

Usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM, tampil memberikan pandangannya mengenai kemelut yang tercetus antara pelakon senior, Ellie Suriaty, dan pempengaruh media sosial, Imran Bard.

Dalam satu video siaran langsung yang dikongsi di TikTok, Kak KM mengakui bahawa dia memahami niat Imran untuk menghasilkan kandungan hiburan secara spontan, namun, dia berpendapat bahawa menyebut nama individu lain secara berlebihan sedikit keterlaluan.

“Aku ada tengok video dia (Imran). Ada yang aku suka, malah pernah aku kongsi semula sebab memang kelakar. Bila kita tahu orang suka dengan kita, kita pun jadi lebih kreatif nak buat content, sampai tak sedar terpetik nama orang.”

“Sebenarnya, aku tahu itu bukan niat dia. Dia cuma nak buat lawak… Aku faham sebab kadang-kadang aku pun begitu, tapi aku tak sampai lebih-lebih. Bagi aku, video itu berlaku secara spontan. Kalau dia minta maaf dengan cara yang betul, kita boleh terima.”

Justeru itu, Kak KM menasihati Imran agar meminta maaf dengan penuh keikhlasan tanpa perlu menyelitkan sindiran atau panggilan yang kurang menyenangkan, kerana tindakan tersebut hanya akan memburukkan keadaan.

“Imran, kau dah buat salah petik nama dia, kau minta maaf elok-elok. Jangan panggil ‘makcik’ atau nak perli lagi. Itu semua tak perlu.”

“Bila dah buat salah, minta maaf seikhlas hati. Mata kita tak boleh tipu kalau betul-betul ikhlas,” katanya.

Dalam pada itu, Kak KM turut menegaskan bahawa isu ini bukan soal status Ellie sebagai selebriti, tetapi lebih kepada adab dan rasa hormat terhadap sesama manusia, tanpa mengira perbezaan usia.

“Aku kenal Ellie Suriaty, dia memang baik walau apa pun orang cakap. Bukan sebab dia artis kena hormat, tetapi sesama manusia pun kita perlu saling menghormati, lebih-lebih lagi bila dia lebih tua.”

“Katakanlah kalau Ellie lebih muda sekalipun, tapi kau petik nama dia juga, tetap sama. Kalau dah buat salah, kena minta maaf,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, Ellie Suriaty meluahkan rasa terkilan selepas namanya disebut dalam satu video parodi oleh Imran Bard, yang didakwa mengaitkannya dengan istilah ‘kacip’ dan penggunaan dadah.

Berang dengan tuduhan tersebut, Ellie menegaskan bahawa dia hanya akan menerima permohonan maaf daripada ibu bapa Imran sendiri.

Bagaimanapun, pada hari Rabu, Imran akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Ellie melalui satu kenyataan yang dimuat naik di Instagram.

@user3374728284

mintak maaf setel #kakkm #kakkilometer #foryoupage

♬ original sound – 🤸🤸 – 🤸🤸

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Wed, 25 Jan 2023

[VIDEO] Comelnya Gelagat Bilal Bertatih & Bermain Dengan Athisha Khan! – “Macam Anak Patung Berjalan”

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pempengaruh Athisha Khan yang memaparkan dia dan anak kepada kakaknya, Neelofa iaitu Bilal sedang bermain di luar kawasan perumahan. Menerusi hantaran tersebut, Bilal yang hampir berumur […]

Drama Tue, 16 May 2023
Trending Tue, 26 Apr 2022

Tol Percuma, Diskaun Pergi dan Balik Sempena Sambutan Aidilfitri

Berita baik! Tol percuma dan diskaun tol 30 dan 50 peratus dapat meringan beban rakyat untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya.

Hiburan Thu, 23 Aug 2018

Persediaan Kahwin, Atikah Suhaime Tak Gugup Nak Ke Dapur

Alhamdulillah lama-kelamaan saya semakin terbiasa dan dari situ kebolehan memasak semakin baik… Insya-Allah selepas berkahwin nanti tiada masalah hendak ke dapur.

Featured Thu, 26 Mar 2026

Aisha Retno Syukur ‘Jodoh Lebaran’ Meletup, Akui Tekan Diri Hasilkan Lagu Raya Baharu – “Ketipak Ketipung Sudah Ada Benchmark Jadi…”

Kata Aisha, dia bersyukur apabila lagunya itu diterima masyarakat apatah lagi lagu berkenaan diinspirasikan berdasarkan kisah tentang pencarian jodoh di hari lebaran.

Hiburan Thu, 23 Apr 2026

Karakter Penuh Misteri, Sarimah Ibrahim, Alya Iman & Rosyam Nor Jadi Nadi ‘Pewaris Susuk’

Ketiga-tiga mereka tampil dengan pendekatan lakonan berbeza, namun disatukan menerusi karakter yang sarat misteri.

Trending Sat, 10 Jul 2021

Hilang 2 Ahli Kumpulan Dalam Masa Setahun, Outbreak Tak Patah Semangat

Kumpulan Outbreak tak patah semangat untuk meneruskan perjuangan dalam bidang muzik meskipun mereka hilang dua anggota dalam masa setahun. Kini dianggotai oleh tiga jejaka, Hakeem Zamall, 23, Shakirin Shah, 21, dan Allif Firdaus, 21, Outbreak […]

error: Content is protected !!