Euforia Bola 2026
Trending By: Padin July 10, 2021 @ 7:17pm

Hilang 2 Ahli Kumpulan Dalam Masa Setahun, Outbreak Tak Patah Semangat

Kumpulan Outbreak tak patah semangat untuk meneruskan perjuangan dalam bidang muzik meskipun mereka hilang dua anggota dalam masa setahun.

Kini dianggotai oleh tiga jejaka, Hakeem Zamall, 23, Shakirin Shah, 21, dan Allif Firdaus, 21, Outbreak akan kekal dengan konsep trio dan muncul dengan single terbaru berjudul Infiniti.

“Dalam tempoh setahun, dua ahli kami iaitu Zaim Ajmal dan Zareef Sein mengundurkan diri. Masing-masing sudah berbeza pendapat dan kami tak terkilan dengan pengunduran mereka dan begitu menghormati keputusan yang dibuat.

“Biasalah, dalam sebuah kumpulan, pengunduran ahli biasa berlaku. Kami menerima perkara itu dengan sebaik mungkin dan tidak patah semangat. Apa yang penting, hubungan kami masih baik.

“Kami sentiasa menyokong mereka dan kami percaya mereka juga memberi dorongan kepada kami biarpun tidak bersama lagi. Kini, kami tampil dengan sebuah single terbaru berjudul Infiniti,” kata Hakeem mewakili Outbreak.

Biarpun tinggal bertiga, Outbreak percaya dengan keunikan yang dibawakan oleh mereka.

“Single ini menonjolkan kekuatan dan keunikan suara masing-masing selain gandingan bertiga ini disifatkan cukup serasi. Kami memberikan sesuatu yang berbeza kerana buat masa ini, jarang boyband yang muncul dengan konsep trio.

“Insya-Allah, buat masa ini kami akan kekal bertiga dan bersedia untuk memeriahkan industri hiburan bersama pendatang baru yang lain,” kata Allif.

Bercerita mengenai single Infiniti, ini merupakan single terbaru yang mahu memberikan inspirasi dan menyuntik semangat kepada seluruh rakyat Malaysia untuk terus bangkit dan jangan pernah mengalah dalam hidup.

“Lagu Infiniti adalah hasil ciptaan dan lirik oleh Wan Saleh. Infiniti adalah lagu yang menjadi pembakar semangat untuk kita semua supaya terus kuat dan bangkit dalam apa juga dugaan yang kita hadapi.

“Ketika merakamkan lagu ini, kami sendiri rasa bersemangat untuk menunggu lagu ini dilancarkan kerana mahukan ia menjadi motivasi kepada semua yang mendengar,” kata Shakirin.

Lirik video rasmi Infiniti boleh ditonton di saluran YouTube Beegood Music serta boleh didengari di semua platform digital seperti Apple Music, Spotify, JOOX, Deezer dan YouTube Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 2 Sep 2022

Zaidi Omar Dedah Rahsia Kekal Sihat Di Usia 64 Tahun

Patutlah nampak muda dan sihat je selalu.. Boleh amalkan petua ni 😁

Featured Thu, 2 Apr 2026
Featured Tue, 15 Nov 2022
Featured Thu, 8 Sep 2022
Hiburan Fri, 19 Jan 2024
Replicated Draft Mon, 22 Apr 2024

Syoknya Raya Dengan Rumah Baru & Jongkong Emas Dari LBS!

LBS Bina Group Berhad (LBS) berbesar hati untuk meraikan Aidilfitri dengan lebih meriah bersama pemilik rumah baru dengan menawarkan pelbagai hadiah istimewa! Buat korang yang sedang mencari-cari rumah pertama atau hendak menaik taraf kediaman supaya […]

Featured Wed, 22 Jan 2025

[VIDEO] Kena Kecam, Warganet Dakwa Sophia Albarakbah Sengaja Tayang Lur*h

Ini bukan kali pertama Sophia tepalit dengan isu sama membabitkan penampilannya.

error: Content is protected !!