Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 2, 2026 @ 12:33pm

Ozlynn Waty Dedah Pernah Terima Nafkah RM1 Dari Johan – “Alhamdulillah Sekarang Dia Senang Tak Pernah Lupakan Aku”

“Hidup dengan suami aku dulu, dia kais pagi, malam kadang-kadang tiada apa nak makan”.

Demikian pendedahan pelakon Ozlynn Waty apabila berkongsi pengalamannya ketika mula-mula mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang juga pelawak dan penyampai radio popular, Johan.

Menurut Ozlynn atau Roslinawaty Ismail, dirinya pernah diberi nafkah sebanyak RM1 oleh suaminya itu.

Bagaimanapun, meskipun jumlah nafkah yang diterima pada ketika itu sedikit, dia tidak pernah merungut sebaliknya, menjadikan peluang itu untuk membantu suaminya.

“Hidup dengan suami aku dulu, dia kais pagi, malam kadang-kadang tiada apa nak makan. Tapi sebab kerja aku bagus, dapat tolong suami aku.

“Sampai pernah dia bagi nafkah kepada aku RM1 saja. Aku ambil duit itu, aku cakap ‘saya terima’ sambil senyum,” katanya di Threads.

Tersentuh dengan sikap suaminya yang tetap berusaha menunaikan tanggungjawab meskipun berdepan kekangan kewangan, Ozlynn mengakui sebak melihat kesungguhan pelawak itu mencari rezeki buat keluarga.

Jelas Ozlynn, dia tidak mampu menahan emosi apabila Johan memintanya mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

“Dia suruh aku tolong doakan semoga Allah bantu dia Aku terus pergi masuk bilik air, aku nangis sampai sakit tekak aku.

“Bukan sebab jumlah nafkah, tapi cara dia merendahkan maruah dia depan aku. Dan aku nampak usaha dia cari rezeki. Maka aku doa, minta Allah bantu,” kongsinya.

Ozlynn berkongsi perkara tersebut selepas membaca luahan seorang wanita yang mendakwa hubungannya dengan suami menjadi dingin kerana tidak menerima nafkah secukupnya.

Artikel Berkaitan:“Menjalankan Tanggungjawab Sebagai Isteri & Ibu Adalah Ibadah Paling Mulia” – Ozlynn 

Artikel Berkaitan: Kekasih Anak Sulung Ozlynn Peluk Islam – “Saya Seronok Menjalani Setiap Proses Menjadi Seorang Muslim”

Artikel Berkaitan: “Bila Ozlynn Keluar Rumah, Separuh Badan Dia Adalah Maruah Saya” – Johan Tegas Soal Tanggungjawab Suami

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Mar 2026

“Kalau Dunia Terasa Berat, Pulanglah…” – Abby Abadi Titip Pesanan Sayu Buat Anak-Anak

Abby turut menitipkan pesanan buat anak-anak untuk sentiasa mengingati bahawa doa mereka sebagai ibu bapa sentiasa mengiringi

Trending Tue, 16 Jan 2024
Featured Fri, 14 Oct 2022

[VIDEO] Berjanji Akan Jadi Ibu Mertua Terbaik, Sharifah Zarina Nak Jodohkan Anak Dengan MK K-Clique? 

Wowww, macam mana guys sesuai ke tak kalau MK K-Clique dengan Athalia?

Trending Tue, 13 Jul 2021
Featured Mon, 6 Jan 2025

“Fallen, But Never Broken” – Aliff Aziz Mengaku 2025 Tahun Kebangkitannya

Aliff Aziz anggap kontroversi bukanlah melemahkan semangatnay untuk bangkit.

Hiburan Fri, 30 Jun 2023

Terbit Filem Pertama, Genre Seram Komedi Pilihan Awie

Akan menyelinap di pawagam 6 Julai ini!!

Trending Wed, 18 Jul 2018

「全球最矮小的可爱夫妻」生育子女是他们最烦恼的事

人们常说,只要真心相爱,身高、距离、年龄都不会是问题!这对夫妻的身高均不足0.9米,但却身体力行地向人们证明了在爱面前,其它什么都不重要。

Hiburan Mon, 25 May 2026
error: Content is protected !!