Euforia Bola 2026
Hiburan By: Izzi Farhana June 30, 2023 @ 2:42pm

Terbit Filem Pertama, Genre Seram Komedi Pilihan Awie

Penyanyi dan pelakon, Datuk Awie mencuba bidang baharu dengan menerbitkan sebuah filem bergenre seram komedi berjudul Sue On.

Menurut Awie selaku pemilik syarikat Rumah Produksi Merah, pemilihan genre ini dibuat memandangkan dia sudah sinonim dengan genre sedemikian.

“Ramai penonton yang kenal saya dengan filem seperti Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah, malah mereka terima watak yang saya bawakan itu sedangkan sebelum itu saya bukanlah seorang pelakon komedi.

“Jadi, saya rasa perlu mengambil peluang ini untuk menghasilkan filem genre sebegini dan akhirnya terhasilnya filem Sue-On,” ujarnya.

Filem Sue On ini dibintangi oleh Awie sendiri sebagai peneraju utama, selain Reen Rahim, Ropie, Azlee Senario, Nazia Mustafar, Achey, Shawani dan ramai lagi.

Berkongsi lanjut tentang filem terbitannya ini, Awie berkata bahawa Sue On adalah sebuah filem yang santai dan sarat dengan elemen-elemen komedi yang menghiburkan.

Dalam pada itu, ujarnya lagi sebagai seorang penerbit, dia meletakkan harapan agar filem Sue-On ini dapat menambat hati penonton.

Sementara itu, pengarah filem tersebut, Razif Ajiboy Rashid berkata, dia menjadikan arwah Mamat Khalid sebagai sumber ilham untuk dia menghasilkan filem Sue-On ini.

Dia juga menganggap Allahyarham sebagai ‘sifu’ dalam menghasilkan filem dan juga turut menjadikan filem-filem araham Mamat Khalid sebagai rujukan.

“Saya banyak membesar dengan filem-filem beliau. Malah, saya mengenali dunia filem secara lebih mendalam pun daripada beliau,” ujarnya.

Sue On bakal ditayangkan pada 6 Julai 2023 ini di pawagam seluruh negara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 28 Jul 2025
Hiburan Sun, 4 Feb 2024

“Nak Cari Bukti Tak Ada Siapa Layan” – Awal Ashaari Menangis Terkenang Cincin Kahwin Kena Curi Di Milan

Allahu malang tak berbau, dah takde rezeki 😔 Semoga beri pengajaran buat kita semua!

Hiburan Fri, 15 Nov 2019

Alah Teruk, Deena Emir Langsung Tak Masuk Dapur

Isteri kepada pelakon Saharul Ridzwan, Deena Emir yang kini sedang hamil anak kedua  mendedahkan pengalamannya mengandung kali ini sangat berbeza dengan yang pertama melalui perkongsian terbaharu di akaun instagramnya @deenaemir. “SubhanAllah banyak sangat yang Deena belajar […]

Featured Tue, 17 Dec 2024

Kes Amang S*ksual, PU Azman Mengaku Bersalah… Terima Hukuman Penjara 7 Tahun & 2 Sebatan

PU Azman diperintah menjalani kaunseling pemulihan & pengawasan polis selama 2 tahun.

Hiburan Tue, 9 Jan 2024
#ThrowbackXTRA Wed, 24 May 2023
error: Content is protected !!